[ Blog Ini Aku Tak Harap Orang Faham Atau Jerit Tak Faham!!! ]

Protected by Copyscape Plagiarism Software

Isnin, 31 Mei 2010

Akhirnya Aku Kalah Dengan Perasaan

Aku kalah akhinya bila terbaca sebuah entry di sini.

Dan air mata mengalir tanpa sengaja.

Ok sudah. Aku out sekarang.

Emosi terganggu.

Selembu Dikacukkan Dengan Singa Akan Menjadi Selenga ; Kontroversi CHUKANG

Seladang telah menodai seekor lembu dan keluarlah anak selembu. Selembu bukanlah satu fenomena yang baru dalam negara kita ini. Selembu adalah hasil kacukan seladang dan juga lembu di mana ia mempunyai tubuh yang gagah seperti lembu dan sifat yang lemah lembut seperti seladang. Tetapi pernahkah kamu terfikir bahawa selembu dikacukkan dengan singa akan menjadi SELENGA? Ya. Itulah binatang paling gah sekali di alam ini. Selenga yang mengaum seperti singa dan memakan rumput. Hahaha lawak bukan. Tapi itu adalah kehidupan nyata sekarang.

Selepas tengok Melodi semalam (Perghhh!! Aku tgk Melodi wei!). Hehehe. Ada satu cerita panas pasal kontroversi filem pendek CHUKANG. Sebelum ini aku tak pernah tegok cerita ni. Jadi aku bersusah payah search cerita ni di Youtube (susah dan payah sebab tak sure tajuk). Nak juga aku tengok apa yang kontroversi sangat tu. Bagi aku cerita ni ok saja. Cuma bermotifkan kisah terpencil yang tidak kita sedari. Cerita CHUKANG ni ada 2 part. Aku dah culik dari Youtube dan aku letak kat bawah ni. Kalau kamu nak tengok, tengok la. Kalau nak komen pun boleh.





**Nama saya Sara...=P

Tak payahlah ulang-ulang sebut tentang 'people like us'.

Aku Manusia Yang Takut Neraka. Namun Aku Juga Tak Pantas Di SyurgaMu

Andai ku tahu. Kapan tiba ajalku. Ku akan memohon. Tuhan tolong panjangkan umurku.

Andai ku tahu. Kapan tiba masaku. Ku akan memohon. Tuhan jangan Kau ambil nyawaku.

Aku takut. Akan semua dosa-dosa ku. Aku takut. Dosa yang terus membayangiku.


Andai ku tahu. MalaikatMu kan menjemputku. Izinkan aku. Mengucap kata taubat padaMu.

Aku takut. Akan semua dosa-dosa ku. Aku takut. Dosa yang terus membayangiku.

Ampuni aku. Dari segala dosa dosaku. Ampuni aku. Menangisku bertaubat padaMu.

Aku manusia. Yang takut neraka. Namun aku juga. Tak pantas di syurga.

Andai ku tahu. Kapan tiba ajalku. Izinkan aku. Mengucap kata taubat padaMu.

Aku takut. Akan semua dosa dosaku. Aku takut. Dosa yang terus membayangiku.


Ampuni aku. Dari segala dosa-dosa ku. Ampuni aku. Menangisku bertaubat padaMu.

Ahad, 30 Mei 2010

Rumah Kita Ni Tak Cukup Dinding Ke?

Kamu gila glamour? Ya, boleh dikatakan semua gila glamour. Bukan manusia namanya kalau tak ada nafsu untuk glamour dan menarik perhatian. Haha. Seharusnya begitu. Zaman sekarang memang semua mahukan "glamour". Mengejar glamour sekaligus mencapai cita-cita.

Bukankah bagus dapat jadi "glamour"?

Persoalannya di sini. Mengapa ada sebilangan manusia yang sanggup menggunakan orang lain untuk mendapat glamour? Terutama orang susah yang perlu dibantu dari segi material dan sokongan moral. Menderma. Kenapa ada yang menderma nak sangat nama diketahui. Nak semua orang tahu yang dia sudah menderma. Tunjuk replika cek besar-besar dengan nilai ribu-ribu. Ada juga yang menderma tak nak namanya disebut-sebut.

Dilema dalam kehidupan manusia. Kita selalu diminta untuk memberi sesuatu kepada orang lain. Bukan sekadar pemberian materialistik, tetapi juga sesuatu yang abstrak dan subjektif seperti kasih sayang dan perasaan.

Dalam setiap pemberian itu, selalu kita mengharapkan balasan. Susah untuk dicari sekarang ni orang yang betul-betul ikhlas dalam pemberian dan tidak mengharapkan sebarang balasan terhadap apa yang telah diusahakan kepada yang lain.

"For every wish you make, you must give something of equal value in return".

Di situlah silapnya pemikiran orang-orang kita.

Tidak perlu tunjuk keikhlasan hati secara terang-terangan, kerana itu bukan ikhlas namanya. Kalau tangan kanan menderma dan memberi, tangan kiri tidak perlu tahu.

Aku tergelak tengok video di bawah. Dan tiba-tiba muncul idea untuk menulis entry ini.



Ini dah bukan gila glamour. Ini dah macam gila meroyan. Haha. Maaf.

Aku tak faham dengan idealogi kamu semua. Yang aku merepek itu ada faedahnya tapi orang BODOH takkan faham. Jadi kamu tolong jangan cari nama di sini. Untuk apa nak cari nama? Itu sia-sia saja la kalau di dunia yang penting itu duit dan bukan nama.

Kenali seseorang itu jika dia betul-betul ikhlas.

That's So Gay. Apa Aku Buat Tengok Video Ni?

Kekasih cinta duniawi ini. Tiada kekal, tiada erti. Yang pasti adakalanya mimpi. Adakalanya nyata. Padamu kasihku yang keliru. Merana kerana cinta terluka. Mengapa tidak kau merelakan. Antara suratan ketentuan yang ditakdirkan. Suratan kasih kau dan aku. Terpisah bagaikan bayangan. Yang mengekori jasad kita. Tiada dapat dipegang. Kalaupun kita telah disandingkan. Di dalam mimpi dan impian. Tapi itu hanyalah perjalanan menuju takdir tuhan. Ku tahu cinta kita pun sirna. Hatiku...hatimu tak berdaya. Terpisah hukum cinta duniawi. Semoga rahmatnya menanti.



Filem pendek COMOLOT.

Filem GAY/BISEKSUAL pertama di Malaysia.

Kamu nampak tak pengajarannya? Aku? Entah. Tak tahu. =P

Endingnya tu yang tak boleh blahhh...=D

Hingga Akhir Nanti (Alleycats)

Hingga akhir nanti
kau tetap jadi pujaan walau seribu tahun
walau seribu zaman ku tetap menanti

Hingga akhir nanti kau saja idaman hati
segala rasa cinta segala rasa sayang
hanyalah untukmu
hingga akhir nanti

Bulan takkan terang tanpa seri wajahmu
hati takkan tenang tanpa kehadiranmu
rindu dalam sepi rindu dalam mimpi
ku tetap menanti
hingga akhir nanti

Datanglah kekasih datanglah padaku
kesetiaan diriku janganlah kau ragu
betapa ku kasih betapa ku rindu
seandainya kau tahu benarnya cintaku

Sabtu, 29 Mei 2010

Sofea Jane Di Hati Black Mentor

Lirik Sofea Jane – Black

Kau ibarat permata di dalam hiasan kaca
Yang tak bisa disentuh
Namun hanya boleh dipandang
Ingin sekali ku sentuh
Ingin jua ku memiliki

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti

Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri

Chorus
Andai kau tahu
Apa yang ku mahu
Mahukan dirimu ‘tuk mendekatiku
Dan aku tak bisa memaksa dirimu
Walau dalam tidur
Ku kan menantimu hingga akhir nanti

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti

Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri

Khamis, 27 Mei 2010

Cinta Atau Hanya Suka?



Jika ditanya sama ada CINTA atau HANYA SUKA.

Aku memilih SAYANG.

Saat aku MENYAYANGI seseorang, aku ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk diriku sendiri.

Saat aku MENYAYANGI seseorang dan berada di sisinya maka aku akan bertanya,"Bolehkah aku memelukmu?"

SAYANG adalah saat dia menangis dan aku akan menangis bersamanya.

SAYANG adalah saat aku melihatnya aku akan melihatnya dari hatiku dan bukan mataku.

Pada saat orang yang aku SAYANGI menyakitiku, aku akan menangis untuknya.

Pada saat aku SAYANG padanya, aku akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.

SAYANG adalah aku akan menemaninya di saat dia memerlukanku.

SAYANG adalah memberi dan menerima.

Guru Yang Bertopeng Tak Layak Cakap Tentang Humanity

Sebelum kamu bercakap mengenai humanity atau bahasa Melayunya disebut perikemanusiaan dengan aku. Tolonglah. Tolonglah tengok diri kamu. Tolong ambil masa 10 minit berfikir dalam diam. Kamu faham ke apa itu humanity?

Aku cukup tak suka kalau orang bercakap atas dasar perasaan dan bukan dari akal yang sihat. Lebih baik kamu diam. Kalau kamu nak bercakap juga sila bercakap dengan nada perlahan untuk diri sendiri. Jangan sekali kali lantang menyuarakan sesuatu yang kamu sendiri tak faham. Kamu memalukan diri sendiri. Kamu menyebabkan aku membuat diri aku memandang rendah kepada diri kamu.

Kamu seorang guru. Kalau nak dipandukan kepada umur dan jawatan kamu sebagai guru. Aku agak yang kamu sudah menjadi guru tidak kurang dari sepuluh tahun.

Perikemanusiaan itu menyeluruh. Perikemanusiaan kepada segala bentuk makhluk di dunia ini. Perikemanusiaaan kepada binatang mahupun manusia. Perikemanusiaan yang tak akan mengira pangkat dan darjat. Siapa kamu nak mempersoalkan tentang perikemanusiaan kalau ilmu perikemanusiaan kamu pun berada pada level yang sangat rendah?

Humanitykah aku jika aku hanya memandang kepada kesulitan seorang manusia yang senang dan mengabaikan ribuan lagi insan yang baru nak belajar erti kehidupan? Humanitykah aku apabila mengabaikan tanggungjawab sosial aku hanya untuk menjaga kepentingan sesebuah organisasi? Humanitykah aku jika aku mengatakan betul pada perbuatan yang salah hanya untuk menjaga maruah dan jawatan kamu tanpa menghiraukan kesannya kepada ribuan insan lain?

Bila kamu mempersoalkan humanity dengan aku saat kamu gagal mempertahankan perbuatan salah kamu. Dan bila kamu katakan kami tak ada humanity kerana menyelamatkan ribuan manusia dari seorang manusia tak bertanggungjawab. Bila kamu kata kami tak ada humanity terhadap seorang manusia yang mengambil kesempatan terhadap ribuan manusia lain yang tak bersalah. Kamu memang SEORANG YANG SANGAT BODOH.

Walaupun kamu seorang guru. Kamu telah menampakkan kebodohan kamu yang amat bodoh. Kamu tak layak digelar guru. Kamu tak layak menjadi guru kerana kamu hanya mementingkan diri sendiri dan organisasi kamu. Perkataan 'guru' yang cukup bernilai itu hari ini kamu telah letakkan ia di bawah tapak kasut aku.

Aku langsung tak terkejut jika sekarang ini banyak berita dan laporan akhbar mengenai kekejaman seorang guru. Sebab semuanya betul. Bertopengkan perkataan murni 'guru'. Kamu adalah manusia tak berperikemanusiaan.

Entry ini aku tak ada niat nak jatuhkan sesiapa. Cuma merungkai realiti yang jarang-jarang orang nampak. Sebab realiti itu berselindung di sebalik kemuliaan institusi pendidikan. Berselindung di sebalik murninya perkataan 'guru'. Jika kamu seorang guru, bakal guru atau bercita-cita untuk menjadi guru. Pastikan kamu betul-betul ikhlas, jujur, amanah dengan tanggungjawab dan niat kamu yang suci untuk membantu dan mendidik anak-anak bangsa dengan pengetahuan yang berguna, dengan sifat-sifat mulia. Guru itu adalah penyelamat. Lilin untuk menerangi kegelapan. Jangan kamu menggelapkan lagi hidup anak-anak didik kamu.

Aku minta maaf kalau ada yang terasa hati atau melabelkan aku sebagai apa-apa sekali pun. Aku insan biasa. Dan aku tak jadi guru sebab aku tak mampu nak pikul tanggungjawab yang begitu berat sebagai seorang guru. Aku sedar aku tak mampu. Tapi walaupun aku bukan seorang guru. Aku ada humanity yang kuat terhadap makhluk ciptaan Allah SWT. Dan aku tak pernah terlalu menyanjung seorang guru. Sebab bagi aku, pengalaman adalah guru yang terbaik yang paling bernilai.

** Guru jangan hanya tahu mengajar saja. Cuba-cubalah juga untuk belajar sesuatu daripada orang yang diajar.

Rabu, 26 Mei 2010

Logo CROCS Tiruan Menyerupai Kalimah ALLAH

Dunia akhir zaman. Aku tak tahu nak kata ini memang niat pengeluar Crocs tiruan untuk menyesatkan umat Islam secara diam-diam tanpa disedari atau cuma satu kebetulan. Serangan hendap dengan memanipulasi sesuatu jenama yang menjadi tumpuan. Aku tak pakai Crocs. Jadi aku tak terlibat dalam isu ini sebagai pemakai Crocs tiruan yang baru tersedar daripada kelekaan (hah ayat ini macam nak bagitahu yang aku kalau pakai Crocs, akan pakai Crocs tiruan).

Tapi sebagai umat Islam. Aku sangat kesal. Bayangkan jika memang betul logo itu direka menyerupai kalimah ALLAH. Subhanallah.........سبحان الله

Telah kamu pijak kalimah suci itu di kaki kamu! Kalimah yang kedudukannya paling tinggi. Paling atas. Paling tertinggi dari segala sesuatu. Kamu letaknya di bawah. Kamu letaknya lebih rendah dari jantung kamu yang berdegup untuk hidup kamu.

Astagfirrullahhalazim.....

Logo asli Crocs

Logo pada Crocs tiruan

Pandai-pandailah kita menilainya sendiri. Umat Islam umat yang bijak. Jangan senang-senang saja kita diperbodohkan.

Mereka Kata Aku Seorang Yang Pathetic

Pathetic menurut kamus English >> Malay bermaksud menyedihkan, menyayukan atau menghibakan.

Maka aku cuba google untuk maksud pathetic yang boleh menjelaskan mengenai 'aku yang pathetic'.

Maka penjelasan terhadap pathetic adalah ;

1. Causing or evoking pity, sympathetic sadness, sorrow. etc; pitiful; pitiable: a pathetic letter; a pathetic sight.

2. Affecting or moving the feelings.

3. Pertaining to or caused by the feelings.

4. Miserably or contemptibly inadequate: In return for our investment we get a pathetic three percent interest.

Aku yang pathetic adalah aku yang tak ada perasaan yang jelas untuk sesuatu perkara. Aku yang tak ambil kisah. Aku yang tak suka berfikir. Aku yang tak ada idea. Aku yang hanya follow the flow. Aku yang tak suka diganggu. Aku yang kematian perasaan disebabkan sesuatu perkara. Aku yang menyimpan kemas sesuatu dalam hati. Aku yang pathetic.




Wah! Ini sangat pathetic kitten. Dan aku bukan macam ini.








Sebab aku macam ini... =)

Aku Seorang Bujang

Bila disebut bujang. Kamu tahu kan apa maksudnya? Seorang bujang adalah seorang yang belum berkahwin. Belum ada isteri/suami. Belum ada anak. Belum ada keluarga yang terdiri daripada suami, isteri dan anak.

Seorang bujang. Apakah yang kamu harapkan dari seorang bujang? Adakah hidup seorang bujang hanya bangun pagi, pergi kerja, lepak dengan kawan-kawan, balik lewat malam, tidur dan bangun lambat di hari minggu?

Aku seorang bujang. Bujang yang tinggal jauh dari keluarga. Kalau tanya aku tentang rutin seorang bujang. Jawapan aku mungkin akan sama seperti di atas. Tak salah kan? Sebab semua bujang juga akan begitu.

Hidup bujang sempoi tanpa sebarang komitmen yang berat. Tak ada suami/isteri dan anak. Tapi si bujang pasti akan menerima soalan 'cepu cemas' yang wajib ini...

"Apa lagi yang kau tunggu?"

Atau;

"Bila nak kahwin?"

Atau;

"Dah kahwin ke belum?"

Atau;

"Dah ada calon ke?"

Atau;

"Kau bila lagi nak kahwin macam kawan-kawan kau? Kau kena ingat, umur kau tu makin meningkat!"

Pelik. Apalah yang kamu risaukan. Contoh terdekat. Ella ratu rock pun belum kahwin. Buat masa sekarang, kahwin-kahwin semua nih bukan aku. Tolonglah jangan tanya.

Fara Fauzana pun belum kahwin.

Selasa, 25 Mei 2010

Rasa Macam Nak Tengok Toy Story 3 In 3D

Dalam minggu nih aku rasa aku macam update blog hanya dengan satu entry sehari je kan. Kan? Wah! Kesibukan dengan kerja-kerja yang entah apa-apa kerja pun aku tak tahu. Sampaikan kebiasaan aku untuk update blog dengan tiga entry sehari dah jadi sesuatu yang luar biasa.

Toy Story 3 bakal muncul di pawagam tak lama lagi. Excited nak tengok kartun. Macam tak pernah tengok kartun kan? Hurm memang pun. Tak pernah tengok kartun Toy Story 3. Aku tak pernah miss wayang cerita kartun. Toy Story 3. I'm waiting! Aku nak tengok 3D. Temankan aku jom. =)












Dalam preview kat pawagam mata aku selalu fokus pada watak KEN. Tak tahu kenapa.

Aku Tak Tahu Nak Letak Tajuk Apa

Aku tak kisah kalau sesiapa di sekeliling aku merungut tentang kerja atau ketidakpuasan hati terhadap seseorang sebab aku faham. Aku juga tak kisah untuk mendengar kawan-kawan bercerita tentang masalah cinta, putus cinta atau apa saja yang berkaitan cinta sebab aku faham juga. Aku tak kisah bila ada yang meluahkan apa-apa masalah berkaitan hidup seharian sebab aku masih juga faham.

Cuma.

Aku tak tahu bagaimana untuk respon. Jadi aku cuma boleh mendengar dengan penuh perhatian sambil kadang-kadang menganggukkan kepala tanda setuju, menggelengkan kepala tanda protes, senyum atau ketawa mengikut keadaan yang bersesuaian. Selebihnya aku diam saja sambil makan kentang goreng dan cuba bantu dengan hanya menjadi pendengar yang baik. Tak membantu sebenarnya. Tapi sekurang kurangnya mereka ada tempat yang sesuai untuk bercerita. Maka tak perlulah mereka bersembang dan bercerita dengan pokok pisang belakang rumah mahupun tiang elektrik di tepi jalan.

Aku kadang-kadang simpati. Masalah yang hanya boleh diselesaikan mereka. Aku tak boleh tolong. Aku cuma boleh cakap 'sabar'. Tapi takkan aku nak ulang perkataan 'sabar' itu sebanyak 8 juta kali. Ok baiklah. Cuma satu saja aku nak cakap sekarang nih. Cuba ambil masa 10 minit je untuk fikir. 10 minit itu pun dah macam lama je bagi aku sebab aku memang pening kalau berfikir lebih dari 10 minit.

Cuba kamu fikir. Siapa kamu? Kamu hidup untuk siapa? Kamu ada siapa yang kamu wajib sayang, cinta dan kasih? Apa yang kamu dapat bila fikirkan orang atau perkara yang kamu tengah fikir sekarang ni? Semua jawapan dalam minda kamu semua. Bila kamu dah dapat jawapan untuk soalan-soalan tu. Kamu akan tahu apa yang kamu sepatutnya buat untuk hidup kamu. Yakin dan percayalah kepada diri sendiri lebih dari kamu percayakan orang lain.

Tak ada masalah yang tak boleh diselesaikan. Yang penting belajar kawal emosi. Hidup bukan satu masalah. Tapi kita sebagai manusia nih yang selalu mencari masalah dalam hidup.

Aku selalu terharu. Syahdu je hati bila tengok program Bersamamu. Seringkali hati keras aku mengalah.

Layan lagu Tilu (Ku Bukan Aku) nih kejap. Damaikan hati.



Lirik Lagu Ku Bukan Aku - Tilu

Lama sungguh hari berlalu
Hening malam menyiksaku
Bila bersendirian sepi jadi pilu

Kau pergi aku yang hilang
Sedikit pun hidup tak senang
Langit cerah ku renung mendung kelabu

Kerana diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Fikiran tak keruan
Jiwa rasa kekosongan
Diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Pulangkan dia ke pangkuanku

Yang digemar menjadi bosan
Sukarnya cari ketenteraman
Bila hati bersedih semuanya tak betul

Ku cuba setabah hati melupakan
Dirimu dari ingatan
Tapi semakin dicuba semakin rindu

Isnin, 24 Mei 2010

Kebahagiaan Dalam Perpisahan Shahir Af8



Lirik Lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan - Shahir AF8

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

(ulang chorus)

Kebahagiaan.. dalam perpisahan..

Kenapa Aku Suka Faizal Tahir?



Lirik Lagu Faizal Tahir - Selamat Malam

Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Selamat malam
Tidurlah sayangku


** Sebab dia best...
Selamat Malam Semua. Aku nak tidur.

Sabtu, 22 Mei 2010

Dapatkan TRAFFIC PERCUMA dari Traffic Digger!

Free advertising

Aku sedang berblogwalking. Tiba-tiba aku telah terjumpa dengan artikal ini. Dan aku mendapat keputusan yang baik daripada laman program ini untuk meningkatkan lalu lintas ke laman blog/web. Mungkin ini dapat membantu ahli Geng Blogger atau rakan- rakan yang lain dalam usaha promosikan blog/web kamu. Program ini dikenali sebagai ‘Traffic Digger’. Aku berharap ini dapat membantu kamu semua.

Bagaimana Traffic Digger Bekerja?

Traffic Digger bekerja dengan cara mudah, semakin banyak kamu mendapat downline, website lebih akan memaparkan iklan kamu, dan kamu mendapatkan lebih banyak pengunjung untuk website kamu.

Ini adalah cara bagaimana sistem bekerja:

Apabila kamu mendaftar, kamu akan mendapatkan website replikasi dengan iklan kamu di posisi 1, dan iklan pada kedudukan 1 saat ini akan dipindahkan ke kedudukan 2, ke 3, dan seterusnya. Iklan pada kedudukan 7, saat ini tidak akan dipaparkan lagi.Ketika kamu iklankan website kamu di Traffic Digger dan seseorang mendaftar dari link kamu, maka iklan mereka akan berada di kedudukan 1, dan kamu akan dipindahkan ke kedudukan 2. Iklan kamu akan disenaraikan dalam setiap laman web Digger Lalu Lintas dari downline kamu sehingga 6 level. Dengan 6 tingkat viral marketing seperti ini, kamu boleh bayangkan berapa banyak kamu akan mendapat lalu lintas dari Traffic Digger.

Berapa banyak pengunjung PERCUMA yang kamu boleh dapat?

Jawapannya adalah: Tidak Terhad.

Sistem ini bekerja dengan baik di internet dan tiada yang dapat menghentikannya. Sistem ini berfungsi dengan baik dan lancar.

Itulah manfaat utama dari jenis pemasaran internet.

Ulasan:

Kebaikan:

Percuma .
Sederhana dan cepat mendaftar .
Iklan aku dipaparkan di posisi teratas dengan ukuran teks yang besar (RKPT lebih) .
Hasilkan banyak lalu lintas ke laman web aku.

Keburukan:

Belum ada lagi.

Sekiranya kamu berminat dan untuk mengetahui dengan lebih lanjut kamu boleh klik pada link bergambar di bawah ini.

Free advertising

Wake Up In The Morning Feeling Like P. Diddy

I wake up in the morning feeling like P. Diddy. (Petikan lagu P. Diddy nyanyian Kesha).

My emotion was not in a very proud state last week. I’ve tried not to loose my temper over something stupid. Sometimes I’m a very straightforward person, where I will give straightforward answer regardless what the other party will feel. But this only applicable to work related things. I bet honesty is the best policy, right?

“A person needs a little madness, or else they never dare cut the rope and be free” quoted

My mood throughout this week kinda swings not in the right direction. Work, life and what so ever. I miss my late mother. But I guess I need to accept the issue as it is. There’s really nothing that I can do more to convince my boss that I need a break. I’m just too tired to fight. Yeah, I can hear they’re all chirping victory. Whatever!

We are already in the month of May 2010. I can’t help not to notice that my life kinda going into new direction for the past half year. I don’t know when I change it. I don’t know where I start it. I don’t know which one I should keep and which that I should let go. It’s kinda of tough call to everything.

But changes are not always a bad things, right? New doesn’t mean that I can’t adapt. What I have to do is try. If it’s for good cause, I don’t think I should wait..!

We’re human. We make mistakes. We misestimate. We call it wrong. When something goes wrong, we tried to correct it. We make amendments. And sometimes, it is just a temporary fix. We have to keep on and on fixing the same 'something' that went wrong. We struggle for it. It will last forever. No one knows when its gonna end.

I like to think that my body (and soul) are made of pieces. Pieces that keep everything together. Bit by bit. Inch by inch. And the list goes on. And sometimes the pieces just break. Without alarm. Either it cause by me. Or someone else.

I don’t know about u. But it’s me. My life is in pieces. All the time. It just keep breaking. Soonest I fix one, another one goes down. It’s kinda hectic. But I love it. Every bit of the prosess. I’m not complaining nor frustrating. I just want to keep it together. Piece by piece. All. Even if it’s broken - permanently.

“What is uttered from the heart alone. Will win the hearts of others to your own.” Johann Wolfgang von Goethe

Sorry if I hurt anyone. At least I’m sincere. Thruth always hurts. Hurmmm...

‘Kun Fayakun’ - Be and it is.

The Almighty Allah gave us ‘akal’ to plan whatever we want in life. He gave us the idea, and it’s still up to us how to live our life.

Ku Ingin Memberitahu Kamu Bahawa Ku Ok

Beberapa hari ini emosi aku cukup terganggu sebenarnya. Nak dipendekkan cerita sebab aku memang malas nak cerita, aku rindu kat seseorang. Seseorang. Sampaikan time aku drive aku boleh cakap sorang-sorang.

Dialognya berbunyi;

'Alahai bangang betul la. Apasal la asyik nak ingat dia nih. Adoiiii.. Rindu siot..!'

Rindu. Agak-agaknya dia rindu aku tak? Dia ingat aku tak?

Oh ya. Bercakap sorang-sorang bukan bermakna gila ok. Mengasah bakat terpendam sebenarnya. Kawan aku cakap. Kalau aku tiba-tiba terasa rindu kat dia. Maknanya time tu dia pun tengah rindu kat aku.

Maknanya. Tak ada makna. Aku ada sikit perasaan menyesal ‘ter’putuskan hubungan tu. ’Ter’ ok. Percayalah syg... Tolong la percaya...

Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
bayangan wajahmu selalu di depan mata
harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia..
Aku pilih derita...

Seandainya kau berada di depan mata
Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapatku melihat seraut wajahmu
Walaupun belum tentu kau mahu bertemu
Apalagi memandangku...


Walau apa pun dan walau siapa pun 'seseorang' itu. Hakikatnya rindu aku kepada arwah Ummi adalah rindu yang paling hebat. Tak ada rindu lain yang boleh mengatasi kerinduan terhadap arwah kecuali rindu aku kepada penciptaku. InsyaAllah. =')

Jumaat, 21 Mei 2010

Surat Cinta Versi Pecah Kaca Pecah Gelas, Pecah Perut Haraf Maaf

Ke hadapan sayangku yang amat ku rindui,

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya di bawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan syahdu di tasik madu.

Kau juga mengajarku erti cinta, babun, singa laut, beruang kutub, penguin, kambing salji, mi rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga. Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka. Atau bagai cerite Winter Sonata. Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan.

Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Marikh itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak cipan di Burma. Kau pergi jua ketika Malaysia sedang bersiap sedia untuk menyambut Hari Kitar Semula Kebangsaan 2007. Alangkah tandusnya padang pasir hatiku ini.

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada pembakaran hutan secara besar-besaran di sempadan Kalimantan. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tidak lagi berfungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke ‘rubber-set’. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelap gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit tajam bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari ‘mud–guard’ basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri 4×400m bila terserempak dengan atuk aku. Akhirnya aku menyedari bahawa ada apa dengan cinta dan diri ini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah ke mana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri? Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu dari Bukit Lenjan yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 85 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! Terlalu berat dugaan yang kutempuhi.

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGuyver, McDonald’s, Superman, Ultromen Taro atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Power Rangers seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan beras di dapur dan kekurangan kemudahan tandas awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, di sini, di atas pokok durian ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka.

Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk tidak menggunakan talian hayat ketiga serta terus menunggu tiang elektrik di hadapan rumahku berbuah. Kalau tiang elektrik ini berbuah nanti, akan ku panggil POSLAJU untuk kuposkan buahnya kepadamu. Nak tak?

Sekian, wassalam...

Khamis, 20 Mei 2010

Bangau Oh Bangau Aku Bukan Sang Katak

Entry Masalah Yang Tak Perlukan Tajuk

Cuaca hari ini tak panas macam kebiasaan. Yelah, Malaysia kan agak panas sekarang.

..... (silent mood).

Arghhh!!! Aku tak suka intro berkenaan.

Tarik nafas.

Hembus.

Baiklah aku cuba lagi sekali.

Aku dapati cuaca hari ini agak baik. Tak panas macam selalu. Kecuali keadaan dalam panggung wayang yang tak sejuk macam kebiasaan. Tadi aku tengok wayang. Kata gadis si penjual tiket di kaunter hari ini aircond rosak. Jadi tayangan cerita The Bounty Hunter telah ditunda.

Maka. Aku tengok cerita ini.

Minggu ini. Hari isnin, hari selasa, hari rabu dan hari ini hari khamis sehingga jam 11.56 pagi. Aku rasa aku tak ada sebarang masalah. Jam 11.57 pagi aku terpaksa rasa bermasalah. Terpaksa? Entahlah. Mungkin aku memang bermasalah. Tapi tak ada perasaan nak katakan itu adalah masalah. Mungkin juga aku tak tahu yang itu sebenarnya masalah sebab aku tak ada perasaan bersalah terhadap masalah.

Baiklah, sebenarnya.

Aku rasa aku tak bersalah dan itu bukan masalah aku. Kenapa nak libatkan aku dengan masalah 'kamu' semua. Sekarang masalah aku adalah 'kamu' semua. Izinkan aku mengatakan yang 'kamu' semua memang celaka.

Rasanya aku kena mengarang hujah untuk menjawab surat tunjuk sebab yang bakal diterima. Kena hantar permohonan tukar sementara rekod aku masih bersih. Sebelum tiba-tiba aku ada rekod kesalahan tatatertib.

Sekian. Dari aku yang tetap tak terasa masalah.

Rabu, 19 Mei 2010

Peristiwa Pelik Aku Bersama Alat Penimbang Berat Dan Pengukur Ketinggian

Sebenarnya kisah ini berlaku semalam. Dan semalam aku dah pun savekan tajuk ini dalam draf.

Pernah tak kamu semua nampak alat penimbang dan pengukur yang selalu ada di shopping complex? Kedudukannya mesti dekat dengan pintu, tangga, lif atau kat mana-mana saja yang menjadi tumpuan orang ramai.

Nak guna senang saja. Berdiri atas penimbang tu dan masukkan duit 20 sen. Mula-mula alat tu akan timbang berat kita. Lepas itu berdiri tegak dan alat itu akan kira ketinggian kita. Bila dah selesai untuk kedua-dua aktiviti tersebut. Alat itu akan mengumumkan BMI kita dengan suara (erk suara?) yang tak agak-agak kuatnya (sangat kuat!).

Mesti kamu ada yang pernah guna alat penimbang berat dan pengukur ketinggian itu kan? Kamu jangan tipu. Aku tahu kamu pernah. Kamu percaya ke pada alat itu? Aku? Aku tak percaya!

Semalam aku masukkan 20 sen ke dalam alat yang nama saintifiknya aku tak tahu. Tapi aku tahu tujuan alat itu untuk menimbang berat badan dan mengukur ketinggian. Kemudian berat ditimbang. Aku berdiri tegak untuk memberi ruang alat itu mengukur ketinggian aku.

Tapi.

Adakah ruang yang aku berikan terlalu banyak? Sehingga alat itu mengeluarkan perkataan 'Thank you. Bye-Bye.' pada skrin kecilnya tanpa memberitahu aku ketinggian dan BMI dengan suara yang kuat.

Aku tahu aku tak berapa nak tinggi. Tapi jangan hina aku macam tu. ='(

Perlukah aku buat aduan ke Biro Pengaduan Awam? Atau Persatuan Pengguna?

Shhh... Jalan Diam-Diam

Ku ingat engkau berkata. Tak mungkin aku tanpa dirimu. Cinta yang terlanjur membara. Tak mungkin akan terpisahkan.

Adakah rintangan ini. Lelahkan dirimu?

Andaikan benar kau memilih aku. Jangan pernah kau meragukan diriku. Mereka tak setuju pun aku kan menjagamu. Meski kita harus jalan diam-diam.

Daun yang jatuh berguguran. Mungkin pertanda untukku. Cinta yang bersemi abadi. Hanya mimpiku hanya mimpimu.

Adakah rintangan ini. Lelahkan dirimu?

Andaikan benar kau memilih aku. Jangan pernah kau meragukan diriku. Mereka tak setuju pun aku kan menjagamu. Meski kita harus jalan diam-diam.

Dan bila engkau telah tergoyahkan. Biar aku yang menanggung luka ini. Kecewa dan hancur ku tapi ku takkan sesali. Semua yang terjadi biarkan kau pergi.

Mungkin mereka benar. Aku tak layak. Aku tak berhak.

Memilikimu...

Selasa, 18 Mei 2010

Falsafah Dari Bukan Dr. Falsafah

Aku tak pandai falsafah.

Belum lagi belajar sampai Dr. Falsafah.

Bagi aku falsafah tak penting sangat. Sebab tak semua perkara kat atas dunia ini memerlukan falsafah.

Contohnya bila aku bercakap dengan kawan aku tentang sesuatu perkara.

Aku : Biarlah wey. Dia kalau nak aku dia cari la. Kalau tak nak jangan harap nak dapat berita dari dia. Tak apalah. Aku tak penting pun untuk dia. (Mood pasrah).

Kawan : Cuba kau fikir. Secara logik akalnya. Orang memang la akan cari bila nak. Kalau tak nak buat apa nak cari.

Aku : ....... (insert muka innocent)


Pengajaran untuk hari ini adalah ; Kalau nak hidup tanpa pening kepala. Gunakanlah 'logik akal'. Buat apa nak tekanan fikir maksud di sebalik falsafah.

Falsafah aku : "Dua orang insan yang bercinta dan akhirnya putus cinta. Apabila mereka masih boleh berkawan baik. Mereka sebenarnya tidak pernah bercinta sebelum ini."

Nilai Persahabatan Tak Mampu Dibayar RM

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri. Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa. Tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai sahabat yang sentiasa memahami, yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita.

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kerana dia juga seorang manusia. Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat sebagai kekuatan. Jadilah kita sahabatnya itu.

Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu. Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu.

Persahabatan memerlukan banyak pengorbanan. Saling memahami, bertolak ansur, sayang-menyayangi, ikhlas dan kadang-kadang sakit hati. Tapi itulah asam garam dalam persahabatan dan membuatkan persahabatan itu lebih bermakna. Nilai Persahabatan itu tidak nampak dengan kaca mata tapi dapat dirasai akan kehadiran nya dengan aura yang positive. Memerangsang dan rangsangan yang memberi semangat.


Teman itu seperti bintang.
Tak selalu nampak.
Tapi selalu ada dihati...


** Nak cari sahabat bukan semudah mencari kawan. Fikir-fikirkanlah...

Isnin, 17 Mei 2010

Berangan Menyanyi Bersama Adam Lambert

Aku tinggalkan kamu semua bersama si Adam Lambert dulu ok. Aku nak bersiap-siap ke tempat kerja. Kerja yang sepatutnya bermula jam 8.00 pagi sekarang baru nak pergi. Waktu sekarang menunjukkan jam 2.55 petang. Hahaha. Pergi sekadar nak tunjuk muka dan menyedarkan orang-orang di pejabat bahawa hari ini aku 'datang kerja'.



Adam Lambert - Whataya Want From Me Lyrics

Hey, slow it down
Whataya want from me
Whataya want from me
Yeah, I’m afraid
Whataya want from me
Whataya want from me

There might have been a time
I would give myself away
(Ooh) Once upon a time
I didn’t give a damn
But now here we are
So whataya want from me
Whataya want from me

Just don’t give up
I’m workin’ it out
Please don’t give in
I won’t let you down
It messed me up, need a second to breathe
Just keep coming around
Hey, whataya want from me
Whataya want from me

Yeah, it’s plain to see
That baby you’re beautiful
And it’s nothing wrong with you
It’s me… I’m a freak
But thanks for lovin’ me
Cause you’re doing it perfectly

There might have been a time
When I would let you step away
I wouldn’t even try but I think
You could save my life

Just don’t give up
I’m workin’ it out
Please don’t give in
I won’t let you down
It messed me up, need a second to breathe
Just keep coming around
Hey, whataya want from me
Whataya want from me

Just don’t give up on me
I won’t let you down
No, I won’t let you down

So
Just don’t give up
I’m workin’ it out
Please don’t give in
I won’t let you down
It messed me up, need a second to breathe
Just keep coming around
Hey, whataya want from me

Just don’t give up
I’m workin’ it out
Please don’t give in
I won’t let you down
It messed me up, need a second to breathe
Just keep coming around
Hey, whataya want from me
(Whataya want from me)
Whataya want from me
Whataya want from me

Entry Picisan Di Pagi Isnin

Malam semalam. Sambil aku menantikan mata berperasaan mengantok. Aku telah melawat dan meninggalkan jejak di beberapa blog yang agak meriah layoutnya.

Dan.

Aku dapat sesuatu di sini.

Hari ini aku nak abadikan petua yang berguna ni supaya aku tak akan lupa. Bila diperlukan (bila?!) aku cuma perlu log masuk ke dalam blog aku saja.

Bagaimana Mahu Hilangkan Lovebite??

1) Ambil sebutir panadol, hancurkan dengan sedikit air. Sapu pada tempat yg mempunyai bekas gigitan dan biarkan selama 10-15 minit atau sehingga ia kering. Kemudian bersihkan dgn air seperti biasa.

2) Jika masih kelihatan warna kemerah-merahan, sapukan sedikit cecair ubat pencuci mata (eyeMo) di bahagian tersebut. Biarkan untuk seketika.

3) Sapukan beberapa ketul ais batu di leher anda sehingga kesan gigitan semakin hilang.

4) Jika cara ini tidak berhasil, cuba gunakan bawang putih pula. Ambil seulas bawang putih dan belah dua. Kemudian gosokkan perlahan-lahan pada bahagian berkenaan sehingga pudar kesannya.


Sekian. Adik-adik yang belum cukup umur, don't try this at home.

Errr... Maksud aku, don't try 'Lovebite'.

Ahad, 16 Mei 2010

Syarat-Syarat Nak Meminang Aku

Kalau aku adalah Puteri Gunung Ledang.

Puteri Gunung Ledang dikatakan amat cantik hingga diingini oleh Sultan Mahmud dari Kesultanan Melaka. Pendekar yang diutuskan meminang ialah Laksamana Hang Tuah, Tun Mamat dan beberapa orang lain. Semasa kecil, Hang Tuah berguru silat di atas Gunung Ledang dan biasa dengan jalan ke puncak Gunung Ledang.

Akan tetapi kala ini, umurnya telah terlalu tua untuk ke puncak Gunung Ledang. Dengan itu, Tun Mamat ditugaskan ke puncak dan menemui seorang nenek tua atau lebih dikenali sebagai nenek kebayan yang sebenarnya, samaran kepada Puteri Gunung Ledang. Puteri Gunung Ledang dikatakan menolak pinangan Sultan Mahmud dengan mengenakan tujuh syarat yang tak mampu ditunaikan, iaitu :

1 jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang.
1 jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang.
7 dulang hati nyamuk.
7 dulang hati kuman.
7 tempayan air mata anak dara.
7 tempayan air pinang muda.
1 mangkuk darah Sultan Ahmad, iaitu anak Sultan Mahmud Shah, dan masih kanak-kanak lagi.


Semua syarat itu sanggup ditunaikan oleh Sultan Melaka kecuali darah puteranya. Dalam Hikayat Hang Tuah, Sultan yang meminang dengan Puteri Gunung Ledang bukannya Sultan Mahmud, tetapi Sultan Mansor Shah.

(Dalam karya agungnya Sulalatus al-Salatin (Sejarah Melayu) Tun Sri Lanang mengisahkan tentang Sultan Mahmud yang setelah kematian isteri, berhasrat meminang Puteri Gunung Ledang. Baginda tidak mahu beristerikan puteri raja biasa kerana ia bererti sama dengan raja-raja lain. Baginda ingin tampil lain dari yang lain. Katanya, “…yang kita kehendaki barang yang tiada pada raja-raja yang lain, itulah yang hendak kita peristeri. Akan sekarang, kita hendak menyuruh meminang Puteri Gunung Ledang;…….”).

Sekian... Hah siapa yang nak masuk meminang aku sekarang nih?

Terima Kasih Cikgu! Betul Ke?!

Aku telah menelefon adik-adik aku semalam. Adik aku yang berumur 12 dan 6 tahun bercerita tentang hadiah yang dibeli untuk Hari Guru. Hari Guru disambut hari ini.

Bercerita tentang guru. Masih lagi aku ingat. Walau kisahnya dah samar-samar diselubungi kabus dalam ingatan aku. Dulu masa aku darjah satu. Aku sangat minat dengan matematik. Setiapkali dapat result exam mesti matematik dapat 100%. Darjah satu weh. Darjah satu. Matematik cumalah nombor, tambah dan tolak. Itu saja.

Bila darjah dah bertambah. Maka matematik pun bertambah. Aku mula tak sukakan matematik bila kena hafal sifir. Sebelum mulakan kelas, cikgu matematik kata 'ok semua bangun, saya nak soal sifir, siapa boleh jawab boleh duduk, kalau tak boleh jawab tak boleh duduk.' Wah! Ok! Baiklah! Dan aku akan selalu jadi antara yang terakhir boleh duduk. Aku tak suka. Aku benci. Aku bencikan matematik dan tak sukakan cikgu matematik. Betul. Aku cuma suka BM sebab Cikgu Kamsiah selalu puji karangan aku yang best. =) Oh ya, sekarang pun tolong jangan soal aku tentang sifir. Tolonglah.

Sejak dari itu. Aku dah berdendam dengan matematik. Aku tak suka kelas matematik. Homework matematik aku akan buat separuh je yang senang-senang. Lepas tu tinggalkan ruang untuk yang susah-susah. Aku tak nak bazirkan masa aku berfikir untuk itu. Lebih baik aku main game Super Mario. Pagi-pagi esoknya aku akan datang awal ke sekolah dan salin je dari kawan aku yang bijak matematik (tiru). Kadang-kadang aku akan ponteng kelas tambahan matematik dan cakap buku lupa nak bawa. Padahal memang niat tak nak bawa pun. =b

Ketidaksukaan aku terhadap matematik telah semakin menular saban tahun. Aku tak pernah dapat A pun. Setakat B dah cukup bagus ok. Dan C adalah kemestian. Hehehe. Bukan salah aku. Salah matematik. Salah matematik bila aku kena cubit dengan kuat dekat lengan aku oleh cikgu matematik sebab tak siap homework. Sampai lebam lengan aku. Salah matematik bila aku kena rotan sebab fail addmath. Fail ok. Semuanya sebab matematik dan cikgu matematik! Aku ingat cikgu tu walaupun dah tak ingat nama dia. Aku dah lupa nama sebab aku tak suka dia. =')

Tapi...

Walaupun aku bencikan matematik. Jodoh aku dengan matematik sangat kuat. Tak tahu kenapa. Dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah sampailah aku masuk kolej. Aku tak pernah berpisah dengan matematik. Walau aku tak bijak matematik, tapi aku bijak biologi, kimia dan sikit-sikit fizik. Fizik pun ada unsur matematik sebab tu bijak sikit je. Hufff.

Sekarang boleh tak kamu semua bayangkan betapa aku berusaha untuk lulus dari setiap exam sampai aku habis belajar hanya kerana matematik. Matematik! Dan cikgu matematik juga. =)

Selamat Hari Guru untuk semua guru. Dan ucapan Selamat Hari Guru yang paling special ditujukan buat PENGALAMAN AKU. Kerana pengalaman adalah guru yang paling tiada tandingan. =D

** Kalau dulu aku tak pernah ponteng sekolah, tak pernah panjat pagar sekolah untuk balik rumah sebab nak ponteng kelas tambahan, tak pernah panjat pagar sekolah sebab datang sekolah pukul 9.30 pagi, tak pernah lari dari asrama dan selalu siapkan homework. Aku rasa aku mesti ada peluang jadi guru besar kan. Kamu rasa?

Sabtu, 15 Mei 2010

Entry Yang Ada Unsur Mencarut Tahap Sopan

Tanpa membuang masa. Cerita bermula semalam.

Semalam. Aku telah dihubungi seorang kawan. Dia kata nak jumpa. Aku kata 'Ok, see u tonight'.

Bila balik kerja yang mana aku tak bekerja kerana seharian ke karaoke, tengok wayang cerita Robin Hood dan menemani orang perempuan bershopping. On the way balik rumah singgah minum kejap dengan kawan. Bila sampai rumah. Duduk-duduk kejap layan facebook. Kemudian aku pergi mandi. Siap-siap pakai jeans and t-shirt putih. Selepas itu aku baring kejap sambil layan facebook lagi. Main CafeWorld.

Dan...

Aku telah tertidur. Tertidur. 'Ter', percayalah yang aku tak sengaja tidur sebenarnya.

Pagi tadi aku bangun pukul 9.00 pagi dan terus tengok handphone. Missed call dan massage. Lalu aku tersebut 'Oh shit!' (ayat mencarut sopan 1). Aku reply massage dan tidur balik.

Tiba-Tiba hari ini aku teringin nak pergi makan Mc'd. Massage 'Lapa la. Mc'd jom.' dihantar kepada 3 orang kawan. Salah seorang reply 'Aku tengah makan Mc'd la ni. Hehe.. Aku makan delivery je. Aku order one set bigmac. Large. Dia pergi deliver aku enam large coke. Agaknya dia dengar one macam enam kot. Hampeh.' Hahahahaha.. Yang ini aku tak carut. Aku gelak sekuat hati! =D

Petang tadi aku keluar. Dengan sopan aku drive tiba-tiba ada pulak seorang manusia dengan perasaan tak bersalah melintas depan aku masa kereta laju. Nasib baik aku mengelak dan tersebut 'b**i mamat nih!' (ayat mencarut sopan 2).

Masa aku keluar tadi aku terserempak dengan seseorang. Lalu aku teringat masa kali terakhir aku jumpa dia sebelum nih. Ayat terakhir dia masa tu adalah 'Apa-apa hal u call i. Dont worry, i jaga u'. Automatik dalam hati aku berkata 'Memang sial nye b**i nih. Bila nak mampus agaknya?' (ayat mencarut sopan 3).

Aku jarang sebenarnya mencarut. Sebab aku tak suka. Kalau terjadi juga. Itu bermakna di luar kawalan diri. Minta maaf. Hurm, memang sangat jarang kerana aku seorang yang sopan.









Aku sopan. (insert bunyi cengkerik).

Khamis, 13 Mei 2010

Hari Ini Bukan Hari Ribena

Hari ini 13 Mei 2010.
[Wah! Ingat tak Peristiwa 13 Mei 1969? Aku tak ingat sebab tak ada lagi masa tu. Cuma tahu sebab belajar sejarah kat sekolah.]

Hari ini hari Khamis.
[Khamis sebelum Jumaat. Maknanya masih ada Jumaat sebelum cuti hari minggu.]

Hari ini sangat bosan. Tak ada semangat nak bekerja. Bosan.
[Gila punya bosan lah. Kalau kerja pun masih buat kerja yang sama. Maka tetap bosan walaupun rajin kerja. Damn!]

Hari ini pergi kerja tapi tak buat kerja.
[Masih pergi kerja walaupun lambat. Macam biasa perbuatan yang tak boleh nak elak. Jangan paksa untuk aku berubah.]

Hari ini malas kerja maka pergi karaoke.
[Muzik tenangkan minda. Dengar saja boleh. Nak aku menyanyi. Dalam toilet je ok.]

Hari ini bos tak ada.
[Ini sangat dihargai. Terima kasih sebab tak ada hari ini. Uncle!]

Hari ini hujan petang. Semalam hujan pagi.
[Hari-hari pun hujan. Maka bersyukur dengan nikmat Tuhan.]

Hari ini sangat rindu kawan-kawan.
[Zoey, Nick, Inn, Zen, Boboy, Bro Lee, Bro Naza, Shina, Finiy. Gua rindu sangat dengan u all!]

Hari ini rindukan VIOLET!
[We can't drive straight!]

Hari ini rindukan AWAK!
[Maaf sayang. Bila saya kata 'Kita dah tak boleh teruskan hubungan ini lagi'. Semuanya sebab saya sayangkan awak. Saya sayangkan masa depan awak dan masa depan saya. Saya nak awak bahagia. Tapi bukan dengan saya. Sebab hubungan ini bukan bahagia pengakhirannya. Sakit itu biar saya yang simpan. Cinta yang pernah hadir. Saya minta jangan pernah menyesal. Saya dah lepaskan awak. Tapi tak akan pernah lepaskan perasaan itu.]

Hari ini rindukan LIFE itu!
[Sekarang banyak benda dah berubah. Dah tak macam dulu. Sometimes rindu sangat nak together dengan kawan-kawan macam dulu. Tapi takdir dah tentukan jalan hidup. Pasrah. Mungkin sampai situ saja. Masa untuk fikir ke depan. Hidup tak akan selamanya sama saja kan. Kan?]

Hari ini kenapa perlu ada perasaan itu?!
[Hari ini tiba-tiba ada perasaan marah. Tiba-tiba jantung berdegup kencang. Tiba-tiba sangat rindu dia bila dengar lagu 'Tinggal Kenangan' yang dia pernah bagi dulu. Walaupun pada mulanya lagu itu buat aku berkata 'Dia nih ingat aku dah mati ke?!]

Hari ini hari yang tak best!
[Semua perasaan yang bercampur-aduk. Walaupun masih cuba untuk ketawa dan tersenyum. Hari ini memang hari yang tak layak digelar 'Hari yang ceria!'.]

Rabu, 12 Mei 2010

Dan Akhirnya Episod Akhir ADAMAYA



Sejak cerita Adamaya ini bermula, aku dah tertengok episod 1. 'Tertengok' ok, percayalah. Aku sebenarnya tak adalah suka sangat nak tengok cerita berepisod. Apatah lagi kalau cerita time petang-petang macam ni. Cerita Melayu pulak tu. Kebanyakannya sama saja, cuma tajuk yang berbeza. Sangat menyusahkan aku nak berkejar balik dari pejabat bagai lipas kudung semata-mata tak nak terlepas episod.

Tapi bila tengok Adamaya ni, aku rasa cerita ini cute! Different! Serius, aku serius ni. Adamaya memang sama tapi tak serupa dengan cerita I'm Not Single. I'm Not Single agak bosan, pelakonnya kaku, termasuk Lisa Surihani (Maya). Dalam Adamaya, Lisa memang hebat!

Cepat tepuk tangan kamu. Aku paksa ni ok. Hehe =D

Sepanjang aku tengok cerita ni, everything memang menjadi. Mereka tentu bekerja keras kan? Tak macam berlakon pun. Credit to all! Cerita ini berjaya, dan aku rasa semuanya disebabkan pemilihan pelakon yang memang tepat. Semua orang tentu suka dan teruja dengan Amani kan?! Sangat comel!

Yang pasti, semua yang mengikuti cerita ini mesti tak sabar-sabar menunggu episod akhir kan. Kan? Tak sabar-sabar nak tahu akhirnya macam mana. Adamaya bukan sekadar cerita kosong syok sendiri, tapi penuh tauladan dan pengajaran. Ada lagi ke orang macam Adam dalam zaman sekarang ni? Satu dalam sejuta. Sedangkan orang macam Maya dan Dani memang berlambak.

Jadi sama-sama lah kita tunggu last episode tu ok. Sabar...

Lirik Yang Terindah – Dakmie (OST Adamaya)

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

Ada Jalan Tapi Hilang Arah


Pernahkah kamu melihat papan tanda di jalan raya? Papan tanda, 'signboard'... Mesti pernah kan?

Aku pernah. Tiap-tiap hari aku tengok. Papan tanda ini sangat penting untuk aku yang memang bodoh nama jalan ni. Tanpa papan tanda, aku mesti akan sesat secara berperingkat.

Tapi...

Semenjak kerajaan sangat baik hati membaikpulih, merekabentuk serta menambah kepanjangan jalan raya. Signboard itu seakan masalah besar bagi aku.

Kerana...

Rasanya sangat sakit hati bila minggu lepas signboard ada di situ, tapi minggu ini signboard yang ada di situ dah tak ada di situ! ={

Suka hati je kan nak letak nak buang. Tak fikir pun perasaan aku. Hurm, memang pun.

Gambar sekadar hiasan. Tak ada kena mengena dengan signboard yang aku maksudkan.



Selasa, 11 Mei 2010

Untuk Renungan Bukan Ditenung

Hello kawan-kawan. Kamu apa khabar?

Semalam aku tak update blog. Hari ini pun sepatutnya aku tak update blog juga. Tapi bila tengok kadar lalulintas blog. Tak ramai yang melintas hari ini.

Aku tak ada bahan menarik nak dikongsi. Tapi aku ada terbaca satu artikel dari satu blog. Aku suka artikel tersebut jadi nak kongsi dengan kamu semua untuk renungan kita bersama.

Artikel ini bertajuk "Cinta Ilahi Bukan Lakaran Puisi".

"Cukuplah sudah aku dipermainkan selama ini. Cintaku kini hanya untuk Ilahi. Bukan untuk mana-mana lelaki!”, ungkap seorang siswi yang putus cinta.

“Cinta manusia adalah palsu belaka. Cinta Allah, itu yang utama”, kata seorang yang lain.

Termenung saya membaca ungkapan-ungkapan seperti ini. Semakin banyak kedengaran di dalam lirik-lirik nasyid. Semakin banyak kelihatan di blog tempat orang muda meluahkan kekecewaan.

Fahamkah mereka dengan apa yang mereka ungkapkan?

Cinta Ilahi?

Tiada lagi cinta lelaki?

Wanita gila harta?

Hanya Allah sahaja yang ’setia’?

Seperti yang pernah saya ungkapkan di dalam artikel Anti Slogan, saya memang tidak suka mendengar orang bercakap benda yang dia sendiri tidak faham. Mumbling… kata orang Putih.

Apakah ada konflik antara cinta Allah, cinta lelaki, dan cinta perempuan? Cinta hanya satu. Pilih sama ada buayafriend mahu jatuh hati kepada gelifriend, atau menyerahkan cintanya hanya kepada yang Esa?

Saya tidak suka orang bermain dengan kata-kata.

Jika sudah kecewa dengan si dia, tiada lagi cinta kepada penggantinya?!

BERTAPA?

Habis, mahu ke mana? Ke puncak gunung bertapa seperti rahib? Enggan berumahtangga kerana mahu mendedikasikan diri kepada Dia dan bukan dia? Fikiran apa ini? Islamkah yang mengajar kita berfikir begitu?

Tidakkah kita sudah dinasihati tentang kisah segelintir sahabat yang tersilap memahami cara melihat Ibadah Nabi SAW yang begitu sederhana?

“Sesungguhnya salah seorang daripada sekumpulan sahabat Nabi sallallahu alayhi wa sallam telah berkata, “Berkenaan dengan diriku, maka aku akan berpuasa dan tidak berbuka. Berkata seorang yang lain: Aku akan berQiyam di malam hari dan tidak akan tidur. Dan berkata lagi seorang yang lain: Aku pula, aku tidak akan mengahwini perempuan. Seorang lagi berkata: Aku pula, sekali-kali aku tidak akan memakan daging. Lalu Baginda Sallallahu alayhi wa sallam bangun dan berucap, lantas Baginda berkata, “Apa halnya dengan pemuda-pemuda yang setiap seorang mereka ini berkata begini begitu? Aku sendiri berpuasa dan berbuka, bangun malam dan aku juga seorang yang mengahwini perempuan juga aku memakan daging. Barangsiapa yang tidak ingin kepada Sunnahku maka dia bukan dari kalangan (pengikut)ku” (Dari Surah al-Nasaa’ie, no. 3217)

Janganlah bermain-main dengan kata-kata yang kosong dari makna, jauh sekali dari yakin dan percaya. Belajarlah untuk menyelami makna dan menyebut perkara yang kita jelas tahu akan makna dan maksudnya.

Ungkapan cinta Ilahi bukan ungkapan yang kosong, jauh sekali abstrak dan penuh misteri.

Cinta Ilahi bukan inspirasi untuk mengungkapkan syair-syair yang bertepek di sana sini di blog siswa siswi.

Jangan berlakon menjadi Rabiatul Adawiyah. Tidak perlu memakai kasutnya. Rabiatul Adawiyah itu insan yang tersendiri.

Bagi kita di sini, bercintalah dengan Allah secara realiti.

CINTA ILAHI ADA CARANYA

Tidak pernahkah kita merenung ingatan dari Allah sendiri terhadap orang yang mendakwa mereka itu cinta kepada-Nya?

“Katakanlah: Jika sesungguhnya kamu itu mencintai Allah maka ikutlah aku, nescaya kamu juga akan dikasihi oleh Allah, dan akan diampun-Nya kesalahanmu. Dan Allah itu Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Aal Imraan 3: 31)

Jika cintakan Allah, contohilah Rasulullah SAW. Hiduplah macam Rasulullah, buatlah kerja macam Rasulullah.

Sibukkan diri dengan belajar dan mengajar, berdakwah dan memberi peringatan, membela agama dan bekerja untuk ummah, sibukkan diri dengan segala kebajikan demi cinta kita kepada-Nya.

Berhentilah berpuisi, andai puisi itu datang dari sebuah khayalan tentang cinta Ilahi sambil memicit jerawat di tingkap pagi.

Jika mahu mengungkapkan Cinta pada madah dan kata, luahkan ia dari rohani dan jasmani yang bekerja untuk kekasih-Nya. Hiasilah blog kalian dengan catatan amal dan muhasabah diri, bukan retorik dan angan-angan terhadap CINTA ILAHI.


Artikel dicopy-paste dari www.saifulislam.com dengan kebenaran.

Ok macam mana? Adakah kamu merenung? Atau direnung? Atau mungkin kamu termenung? Adakah? =)

Ahad, 9 Mei 2010

Jiran Aku Begini. Jiran Kamu?

Hari ini hari ahad. Kamu tahu kan hari ini ahad. Kalau tak tahu, tadi kan aku dah bagitahu. Jadi kamu dah tahu kan? Ahad sebenarnya hari cuti. Kan? Kan.

Ahad aku nak berehat. Tapi kenapa. Kenapa jiran sebelah rumah aku nih tak berapa nak hebat. Eh silap. Tak berapa nak rehat.

Sejak mula-mula aku bangun pagi tadi (terbangun pun sebab jiran aku) macam-macam kebisingan betul-betul dah berjaya buat aku tak bertenang. Tak tenang. Setiap 10 atau 15 minit aku mesti dengar pintu dibuka tutup, grill dibuka tutup, gate dibuka tutup, kereta keluar masuk, enjin motosikal yang bising, emak menjerit memanggil anak, bunyi kunci (sila bayangkan sendiri macam mana bunyi kunci berlaga antara satu sama lain) dan bunyi-bunyi lain yang datangnya dari rumah jiran aku yang sebelah kiri. Dengan jangkamasa yang diberi, sila kira berapa banyakkah kejadian yang dinyatakan tersebut berlaku dalam masa 15 jam.

Aku terganggu. Tahu tak? Ok dia tak tahu. Aku tak bagitahu pun.

Kenapa tak boleh jadi macam aku? Cuma keluar sekali je hari ini. Itupun sebab pergi car wash. Masa selebihnya aku hanya duduk diam-diam tengok DVD sambil berehat. Kenapa? Kenapa tak boleh jadi macam aku? Ok jangan tolong jawab.

Satu lagi kejadian ahad yang tak memuaskan hati aku adalah; Pagi tadi ada gotong-royong bersihkan kawasan taman. Sebab ada kes demam denggi. Denggi disebabkan oleh nyamuk. Nyamuk bertelur dan telur jadi jentik-jentik. Jentik-jentik hidup dalam air bertakung. Jadi kita kena cari bekas-bekas yang menakung air. Buang air yang bertakung. Bersihkan longkang dan sampah sarap.


Tapi kenapa? Kenapa dahan pokok yang dipentingkan? Habis dahan-dahan pokok telah dipotong. Kesian pokok. Arghhhh! Kenapa kamu semua begini di hari ahad?

** Aku menulis sebab tak boleh bercakap. Aku tak gila nak cakap sorang-sorang masa housemate aku tak ada kat rumah. Jadi abaikan entry semalam buat seketika. =P

Sabtu, 8 Mei 2010

Berjalan Yang Bagai Menutup Mata














Hai, hari dah malam.

....................

...................................

............

Dan lagi .....................

....................................................

.........................

........................................

Ok sudah!

Tiada sebarang entry khusus untuk blog ini terupdate sebenarnya.

Maaf. Aku masih belum boleh meneruskan hidup macam biasa. Macam biasa maknanya macam sebelum-sebelum nih. Macam sebelum nih itu maknanya macam..... Arghhh...!!! Cukup! Sila baca entry yang lepas.

Aku nak buka tender kat sesiapa yang nak tulis blog nih sila hantarkan email ke ochipzone (gmail). Untung nanti kita tong-tong. Heh macam kaya je tulis blog nih. =b

Sila karang cerita anda dengan bernas. Jika menepati citarasa akan aku terbitkan dalam ochipz_zaind sketches.

Tawaran berkuatkuasa serta-merta dan berakhir bila aku bersedia nak bekerja menulis blog lagi.















٩(';')۶ Aku cuba menahan diri dari tengok TV mahupun dengar radio. Semuanya kerana HARI IBU. Huk! Damn sad! Dont want to talk about that. Huff..Sob3..














Ya Illahi, Engkau yang lebih mengetahui akan sesuatu hal yang Kau kehendakkan ia terjadi. SubhanaAllah.

"Selamat Hari Ibu buat arwah Ummi.
Moga ruh Ummi dicucuri rahmat hendakNya".

AL-FATIHAH

The End.......
(¯`v´¯) ♥ ڸ٥ﻻ ﻉ√٥ ﺎ ♥
`·.¸.·´
¸.·´

Selasa, 4 Mei 2010

Antara 'PERGI' Dan 'I GO'



Pergi (Aizat)

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi ku dengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau ku lupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia



Hari ini genap 7 hari ibu meninggalkan kami. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-fatihah..
Setiap insan pasti akan merasainya. Dari Allah s.w.t. kita datang dan apabila tiba masanya, kita akan pulang ke pangkuan-Nya. Amin..