[ Blog Ini Aku Tak Harap Orang Faham Atau Jerit Tak Faham!!! ]

Protected by Copyscape Plagiarism Software

Selasa, 27 September 2011

ini kata fynn jamal

" menulis;
adalah menghiris halus hati,
lalu memerah limau membisa ngilu--
dan bercerita tentangnya satu persatu.

-fynn jamal, september 23rd, 2010.

sumber di sini.

Khamis, 22 September 2011

header lama. kisah yang dah lama


kalau ada yang pernah tersilap singgah ke blog aku suatu masa dulu, mesti akan pernah ternampak gambar nih. ini adalah gambar header lama blog aku.

ya.

gambar yang digunakan sebagai header untuk blog ini. blog ini untuk suatu masa dulu.

dulu blog 'BLOG COMPANG CAMPING' adalah blog 'OCHIPZ ZAIND SKETCHES'.

bila aku dah lama berhenti menulis blog. lebih kurang setahun. aku kembali bila hampir menjumpai diri aku dalam diri.

'OCHIPZ ZAIND SKETCHES' aku tukarkan kepada 'BLOG COMPANG CAMPING'. dan 'ochipz zaind' aku tukarkan kepada 'shasz zaind'.

selamat datang ke dunia compang camping seorang aku.



Selasa, 20 September 2011

balik ke tanah bila sayap dah patah. aku tak lupa jejak sendiri

oh wooootttt...?!!!!!!!!!!!

nada terkejut macam orang yang hilang ingatan. dan kemudian tiba2 terjumpa dirinya di tempat yang dirasakannya begitu asing.

ok.

saja-saja kembali ke sini. tidak pernah lupa tempat ini. jiwa aku dulunya di sini.

post terakhir sebelum post ini adalah berkaitan PROJEK KESIAN FYNN JAMAL. sekarang dah nak menuju ke PROJEK KONSERTO FYNN JAMAL. alhamdulillah projek kesian yang dulu tu berjalan lancar dengan jayanya. boleh la dengar lagu projek kesian tu kat radio HotFM ye.

dalam tempoh hampir setahun nih banyak benda berlaku. dan aku rasakan tahun yang paling mencabar tahap kesabaran, tahap kemampuan, tahap segala tahap lah.

tapi mujurlah. tiap kali setan2 nak berpaut di hati aku nih. akal aku masih berfungsi dengan baik. selari dengan pertambahan usia kini kenalah bersikap profesional sikit kan. setiap perbuatan kenalah berasas. hahah. cakap macam perbuatan sebelum2 nih tak berasas kan. kalau nak difikirkan balik, MEMANG pun.

baik. cukup.

*pause*

perkara yang melembutkan hati aku hari nih.

begitu cantiknya, begitu indahnya, begitu hebatnya, begitu kacaknya, begitu sempurnanya seseorang lelaki itu, bilamana dia menitiskan airmata gembira, airmata syukur saat menerima lafaz 'aku nikahkan dikau............' dengan lafaz jawab 'aku terima nikahnya...............'


semoga berbahagialah kalian sehingga ke anak cucu, sepanjang hayat. kepada semua pengantin baru yang baru bernikah kahwin ok. =)

malam sebelum semalam. semalaman aku tak tidur. walau pun sesaat. mengantuk kini.

noktah.