[ Blog Ini Aku Tak Harap Orang Faham Atau Jerit Tak Faham!!! ]

Protected by Copyscape Plagiarism Software

Rabu, 12 Mei 2010

Ada Jalan Tapi Hilang Arah


Pernahkah kamu melihat papan tanda di jalan raya? Papan tanda, 'signboard'... Mesti pernah kan?

Aku pernah. Tiap-tiap hari aku tengok. Papan tanda ini sangat penting untuk aku yang memang bodoh nama jalan ni. Tanpa papan tanda, aku mesti akan sesat secara berperingkat.

Tapi...

Semenjak kerajaan sangat baik hati membaikpulih, merekabentuk serta menambah kepanjangan jalan raya. Signboard itu seakan masalah besar bagi aku.

Kerana...

Rasanya sangat sakit hati bila minggu lepas signboard ada di situ, tapi minggu ini signboard yang ada di situ dah tak ada di situ! ={

Suka hati je kan nak letak nak buang. Tak fikir pun perasaan aku. Hurm, memang pun.

Gambar sekadar hiasan. Tak ada kena mengena dengan signboard yang aku maksudkan.



Selasa, 11 Mei 2010

Untuk Renungan Bukan Ditenung

Hello kawan-kawan. Kamu apa khabar?

Semalam aku tak update blog. Hari ini pun sepatutnya aku tak update blog juga. Tapi bila tengok kadar lalulintas blog. Tak ramai yang melintas hari ini.

Aku tak ada bahan menarik nak dikongsi. Tapi aku ada terbaca satu artikel dari satu blog. Aku suka artikel tersebut jadi nak kongsi dengan kamu semua untuk renungan kita bersama.

Artikel ini bertajuk "Cinta Ilahi Bukan Lakaran Puisi".

"Cukuplah sudah aku dipermainkan selama ini. Cintaku kini hanya untuk Ilahi. Bukan untuk mana-mana lelaki!”, ungkap seorang siswi yang putus cinta.

“Cinta manusia adalah palsu belaka. Cinta Allah, itu yang utama”, kata seorang yang lain.

Termenung saya membaca ungkapan-ungkapan seperti ini. Semakin banyak kedengaran di dalam lirik-lirik nasyid. Semakin banyak kelihatan di blog tempat orang muda meluahkan kekecewaan.

Fahamkah mereka dengan apa yang mereka ungkapkan?

Cinta Ilahi?

Tiada lagi cinta lelaki?

Wanita gila harta?

Hanya Allah sahaja yang ’setia’?

Seperti yang pernah saya ungkapkan di dalam artikel Anti Slogan, saya memang tidak suka mendengar orang bercakap benda yang dia sendiri tidak faham. Mumbling… kata orang Putih.

Apakah ada konflik antara cinta Allah, cinta lelaki, dan cinta perempuan? Cinta hanya satu. Pilih sama ada buayafriend mahu jatuh hati kepada gelifriend, atau menyerahkan cintanya hanya kepada yang Esa?

Saya tidak suka orang bermain dengan kata-kata.

Jika sudah kecewa dengan si dia, tiada lagi cinta kepada penggantinya?!

BERTAPA?

Habis, mahu ke mana? Ke puncak gunung bertapa seperti rahib? Enggan berumahtangga kerana mahu mendedikasikan diri kepada Dia dan bukan dia? Fikiran apa ini? Islamkah yang mengajar kita berfikir begitu?

Tidakkah kita sudah dinasihati tentang kisah segelintir sahabat yang tersilap memahami cara melihat Ibadah Nabi SAW yang begitu sederhana?

“Sesungguhnya salah seorang daripada sekumpulan sahabat Nabi sallallahu alayhi wa sallam telah berkata, “Berkenaan dengan diriku, maka aku akan berpuasa dan tidak berbuka. Berkata seorang yang lain: Aku akan berQiyam di malam hari dan tidak akan tidur. Dan berkata lagi seorang yang lain: Aku pula, aku tidak akan mengahwini perempuan. Seorang lagi berkata: Aku pula, sekali-kali aku tidak akan memakan daging. Lalu Baginda Sallallahu alayhi wa sallam bangun dan berucap, lantas Baginda berkata, “Apa halnya dengan pemuda-pemuda yang setiap seorang mereka ini berkata begini begitu? Aku sendiri berpuasa dan berbuka, bangun malam dan aku juga seorang yang mengahwini perempuan juga aku memakan daging. Barangsiapa yang tidak ingin kepada Sunnahku maka dia bukan dari kalangan (pengikut)ku” (Dari Surah al-Nasaa’ie, no. 3217)

Janganlah bermain-main dengan kata-kata yang kosong dari makna, jauh sekali dari yakin dan percaya. Belajarlah untuk menyelami makna dan menyebut perkara yang kita jelas tahu akan makna dan maksudnya.

Ungkapan cinta Ilahi bukan ungkapan yang kosong, jauh sekali abstrak dan penuh misteri.

Cinta Ilahi bukan inspirasi untuk mengungkapkan syair-syair yang bertepek di sana sini di blog siswa siswi.

Jangan berlakon menjadi Rabiatul Adawiyah. Tidak perlu memakai kasutnya. Rabiatul Adawiyah itu insan yang tersendiri.

Bagi kita di sini, bercintalah dengan Allah secara realiti.

CINTA ILAHI ADA CARANYA

Tidak pernahkah kita merenung ingatan dari Allah sendiri terhadap orang yang mendakwa mereka itu cinta kepada-Nya?

“Katakanlah: Jika sesungguhnya kamu itu mencintai Allah maka ikutlah aku, nescaya kamu juga akan dikasihi oleh Allah, dan akan diampun-Nya kesalahanmu. Dan Allah itu Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Aal Imraan 3: 31)

Jika cintakan Allah, contohilah Rasulullah SAW. Hiduplah macam Rasulullah, buatlah kerja macam Rasulullah.

Sibukkan diri dengan belajar dan mengajar, berdakwah dan memberi peringatan, membela agama dan bekerja untuk ummah, sibukkan diri dengan segala kebajikan demi cinta kita kepada-Nya.

Berhentilah berpuisi, andai puisi itu datang dari sebuah khayalan tentang cinta Ilahi sambil memicit jerawat di tingkap pagi.

Jika mahu mengungkapkan Cinta pada madah dan kata, luahkan ia dari rohani dan jasmani yang bekerja untuk kekasih-Nya. Hiasilah blog kalian dengan catatan amal dan muhasabah diri, bukan retorik dan angan-angan terhadap CINTA ILAHI.


Artikel dicopy-paste dari www.saifulislam.com dengan kebenaran.

Ok macam mana? Adakah kamu merenung? Atau direnung? Atau mungkin kamu termenung? Adakah? =)

Ahad, 9 Mei 2010

Jiran Aku Begini. Jiran Kamu?

Hari ini hari ahad. Kamu tahu kan hari ini ahad. Kalau tak tahu, tadi kan aku dah bagitahu. Jadi kamu dah tahu kan? Ahad sebenarnya hari cuti. Kan? Kan.

Ahad aku nak berehat. Tapi kenapa. Kenapa jiran sebelah rumah aku nih tak berapa nak hebat. Eh silap. Tak berapa nak rehat.

Sejak mula-mula aku bangun pagi tadi (terbangun pun sebab jiran aku) macam-macam kebisingan betul-betul dah berjaya buat aku tak bertenang. Tak tenang. Setiap 10 atau 15 minit aku mesti dengar pintu dibuka tutup, grill dibuka tutup, gate dibuka tutup, kereta keluar masuk, enjin motosikal yang bising, emak menjerit memanggil anak, bunyi kunci (sila bayangkan sendiri macam mana bunyi kunci berlaga antara satu sama lain) dan bunyi-bunyi lain yang datangnya dari rumah jiran aku yang sebelah kiri. Dengan jangkamasa yang diberi, sila kira berapa banyakkah kejadian yang dinyatakan tersebut berlaku dalam masa 15 jam.

Aku terganggu. Tahu tak? Ok dia tak tahu. Aku tak bagitahu pun.

Kenapa tak boleh jadi macam aku? Cuma keluar sekali je hari ini. Itupun sebab pergi car wash. Masa selebihnya aku hanya duduk diam-diam tengok DVD sambil berehat. Kenapa? Kenapa tak boleh jadi macam aku? Ok jangan tolong jawab.

Satu lagi kejadian ahad yang tak memuaskan hati aku adalah; Pagi tadi ada gotong-royong bersihkan kawasan taman. Sebab ada kes demam denggi. Denggi disebabkan oleh nyamuk. Nyamuk bertelur dan telur jadi jentik-jentik. Jentik-jentik hidup dalam air bertakung. Jadi kita kena cari bekas-bekas yang menakung air. Buang air yang bertakung. Bersihkan longkang dan sampah sarap.


Tapi kenapa? Kenapa dahan pokok yang dipentingkan? Habis dahan-dahan pokok telah dipotong. Kesian pokok. Arghhhh! Kenapa kamu semua begini di hari ahad?

** Aku menulis sebab tak boleh bercakap. Aku tak gila nak cakap sorang-sorang masa housemate aku tak ada kat rumah. Jadi abaikan entry semalam buat seketika. =P