Salam Monday sickness...Memandangkan hari nih adalah hari Isnin, dan hari Isnin adalah hari pertama kerja dalam satu minggu. Maka jom kita mulakan dengan sarapan pagi! Penting ok kamu. =)
Ok, pertama sekali kita mulakan dengan nasi lemak. Ye nasi lemak, kalau tak biasa makan nasi lemak, tolonglah biasakannya kalau kamu tinggal di Malaysia. =D
Nasi lemak haruslah nasi lemak ayam. Dan ayam haruslah bahagian peha. Kalau bahagian lain tak ada feel aku nak makan ayam.
Yang kedua, teh 'O' ais. Tak perlu minum air yang bersusu apabila makan makanan yang dikategorikan sebagai makanan berat. Makanan berat di sini adalah nasi lemak. Contoh air yang bersusu adalah teh ais. =) Kita akan minum teh 'O' ais ye kawan2.
Ais perlu ditonjolkan dengan jelas kerana ini adalah teh 'O' ais. Minum teh 'O' ais di waktu makan pagi. Jangan diamalkan selalu ok. Tak baik untuk kesihatan minum ais di waktu pagi.
Ok next. Berdiskusi di meja makan. Gambar sekadar hiasan.
Sebelum memulakan kerja. Amalkan berdiskusi bersama rakan2 sekerja. Berdiskusi itu maksudnya berbincang segala macam hal2 dan masalah negara sendiri. Bukan sekadar berduduk di atas kerusi semata-mata ok.
Last sekali adalah, sebenarnya aku cuma nak bagitahu yang aku dah pun mempunyai seorang pengikut! Thanks to Miz Fieza! Lot of love! Taip ayat ini dengan perasaan terharu... Wah damn! Happy hour...=')
Isnin, 26 April 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan