[ Blog Ini Aku Tak Harap Orang Faham Atau Jerit Tak Faham!!! ]

Rabu, 25 Ogos 2010

150 Juta - Fynn Jamal

Aku sudah addicted dengan lagu ini bila pertama kali dengar di facebook seorang kawan (^;^).

Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
"Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?"
"Apa kau buta? Apa kau pura-pura suka?"

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

"Dia mungkin bengis seperti singa"
"Tapi dia nangis tonton cerita Korea"
"Dia mungkin keras bila bersuara"
"Tapi dia jelas, jujur apa adanya"
"Aku lagi kenal dia..."

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

"Sayang mungkin baran tak kira masa"
"Tapi sayang tahan kalau salah yang saya"
"Sayang mungkin saja keras kepala"
"Tapi sayang manja bila kita berdua"
"Saya kenal sayang saya..."

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi senja
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua...

Ahad, 8 Ogos 2010

Pesanan Untuk Housemate

1) Selepas masak tolonglah kemas dapur.

2) Selepas minum tolonglah cuci gelas tu, jangan biarkan sampai seminggu baru nak cuci.

3) Bila cuci pinggang mangkuk, gelas cawan, sudu garfu...tolonglah cuci hingga bersih.

4) Tolonglah sapu sampah/habuk sekali sekala. Sekali sekala pun jadilah kalau malas nak buat hari-hari pun.

5) Selepas tengok tv tolonglah simpan remote tu elok-elok. Jangan letak merata sampai bila nak tengok tv balik kena bersusah payah cari remote dulu.


6) Kalau dah agak-agak nampak rumput kat laman rumah tu dah panjang tolonglah panggilkan tukang potong rumput.

7) Kalau tong sampah dah penuh tolonglah buang sampah tu dan isikan tong sampah dengan plastik sampah baru. Janganlah tunggu sampai berbau satu rumah baru nak buat.

8) Kalau dah rasa balik kerja je masuk rumah kepala jadi semak. Tolonglah kemas rumah.

9) Tandas dan bilik air tu jangan reti guna je. Tolong cuci sekali sekala.

10) Kalau senang tak ada kerja nak buat jangan tau tido je. Tolong mopkan lantai di hari minggu.

Tolonglah buat. Takkan semuanya nak tunggu aku yang buat je kot.

Tolonglah amalkan kekemasan dan kebersihan kat rumah nih. Aku bukan saja cerewet. Tapi aku sangat cerewet pada perkara yang boleh memeningkan kepala aku nih.

Sekian...