[ Blog Ini Aku Tak Harap Orang Faham Atau Jerit Tak Faham!!! ]

Protected by Copyscape Plagiarism Software

Khamis, 29 April 2010

Hilangnya Doa Seorang Ibu

Hari ini 29 april 2010. Hari ini hari kedua aku yang tidak seperti hari-hari sebelumnya.

Tanggal 28 april 2010 jam lebih kurang 8.15 pagi. Ketika aku baru sahaja duduk di atas kerusi, baru sahaja membuka komputer di pejabat, baru sahaja menyemak lalulintas blog di nuffnang, baru sahaja bersembang dengan rakan sekerja, aku menerima panggilan telefon dari abah. Selepas memberi salam dan menanyakan lokasi aku, abah diam seketika. Selepas itu abah memberitahu aku 'ummi dah tak ada, pukul 7.00 pagi tadi'. Ayat itu seakan menarik keluar separuh dari nafas ku. Walaupun dalam hati aku berkata-kata yang abah mungkin sedang membuat lawak di pagi bulan april. Seakan tidak percaya! Ummi sihat. Dan aku baru sahaja bercakap dengannya pada jam 8.30 malam dua hari sebelum pemergiannya. Dan aku sempat berjumpanya seminggu sebelum itu. Aku telah mengambil cuti dan berada di kampung selama lima hari. Sempat aku merasa hidangan gulai ketam dan udang sambal kegemaran yang dimasak arwah. Ingat lagi pesanan terakhir arwah ketika bercakap dalam telefon. "Balik nanti bawak kereta hati-hati, jaga diri elok-elok, ummi saja je telefon".

Segalanya seakan tidak ada apa lagi yang harus difikirkan selain pulang dan melihat dengan mata sendiri. Otak dan minda sedar seakan tergendala seketika. Fokus ku cuma pulang ke kampung yang terletak di Kota Bharu, Kelantan. Aku terus keluar dari pejabat dan memandu pulang. Aku cuma mahu pulang. Mahu sampai secepat mungkin. Menaiki flight adalah pilihan. Terus aku menelefon seorang rakan untuk melihat senarai penerbangan melalui internet. Hampa bila semua penerbangan di waktu pagi telah penuh. Yang tinggal hanya untuk waktu tengah hari.

Dengan jasa baik dan nilai persahabatan. Seorang rakan mempelawakan diri untuk menghantar aku ke kampung. Dari Seremban ke Kota Bharu, air mata yang mengalir seakan tidak mahu berhenti. Walaupun aku cuba untuk bertenang. Tapi air mata itu tetap keluar mengalir dari mata ku dan seakan tidak boleh dibendung lagi. Kami bertolak lebin kurang pukul 9.00 pagi dan cuba untuk smpai seawal mungkin. Semasa perjalanan abah, along, angah dan alang menelefon ku dan bertanyakan lokasi. Semua adik dan abang aku yang tinggal berjauhan telah pun sampai. Abah memberitahu yang arwah akan dikebumikan selepas waktu asar. Aku tiba di rumah nenek pada pukul empat lebih. Jenazah siap dimandikan (terkilan kerana tidak sempat untuk bersama memandikannya). Ketika aku sampai, jenazah baru hendak dikafankan.

Wajah pucat dan tubuh kaku itu, itulah hawa yang melahirkan ku. Itulah hawa yang menyusukan ku. Itulah hawa yang menjaga ku. Itulah hawa yang membesarkan ku. Itulah hawa yang mendidik ku. Ku peluk dengan erat. Ku kucup mukanya. Sambil ku menahan tangisan ku. Menahan air mata ku supaya tidak jatuh ke atasnya. Selama 23 tahun 10 bulan dan 28 hari. Dia adalah separuh dari nafasku. Kata abah 'jangan menangis, ummi pergi pun ummi tak sakit, dah sampai masa dia kita kena redha'.

Aku mengiringi jenazah ke masjid untuk disembahyangkan. Mengiringinya ke tanah perkuburan untuk disemadikan. Ku lihat arwah dimasukkan ke liang lahad. Dan liang itu dikambus. Ummi dah tiada. Sekali lagi aku gagal. Air mata ku tumpah lagi. Kata along 'dah jangan nangis, nanti dah sampai masa kita, kita jumpa ummi lagi'. Kami semua meniggalkan tanah perkuburan. Arwah di sana. Berseorangan. Suasana suram jelas dapat aku rasakan. Ku lihat abah. Matanya merah. Aku tahu abah sangat sedih. Tapi abah tak akan menangis. Demi anak-anak. Demi kami. Demi dua orang adik aku yang masih kecil. Seorang berumur 12 tahun dan seorang lagi adik angkat aku yang baru 6 tahun.

Kini cuma doa anak-anak yang mengiringi arwah di sana. "Ya Allah swt yang maha penyayang, maha mengampuni, maha mengasihi lagi maha Esa, tiada tuhan yang layak disembah melainkan Engkau ya Allah. Ya Allah, hanya Engkau tempat aku memohon pertolongan. Kau ampunilah segala dosa ibu ku sepanjang hayatnya di dunia Mu ini ya Allah, Kau permudahkan lah perjalananya di alam sana. Kau lindungilah dia ya Allah. Kau sayangilah dia ya Allah sepertimana dia menyayangi Mu. Kau peliharalah dia dari siksa kubur dan siksa neraka ya Allah. Amin.". Al-fatihah untuk ibu tersayang.

Kepada kamu yang masih mempunyai ibu dan bapa. Kamu beruntung. Sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi kamu. Doakan lah mereka. Mohonlah tuhan panjangkan umur mereka. Kehilangan mereka itu perkara yang sangat besar untuk kamu hadapi. Dan aku, bagi aku segala galanya hidup aku adalah keluarga ku. Selepas ini aku mungkin akan pulang dan bertukar tempat kerja di Kota Bharu. Aku masih ada adik-adik yang masih kecil. Yang masih bersekolah. Aku juga ada adik perempuan yang baru berusia 6 tahun. Selagi hayat aku ada, akan ku janji untuk menjaga mereka. Tak akan aku tinggalkan abah berseorangan. Memandangkan angah dan alang masih belajar. Biarkan mereka terus kekal di KL dan Ipoh sehingga tamat pengajian. Aku akan pulang.

Hidup aku telah kehilangan sesuatu yang amat berharga. Aku kehilangan ibu ku. Aku, adik-adik ku, abang-abang ku, mahupun abah ku, kini kami terpaksa hidup tanpa perkara yang sangat penting. Iaitu DOA SEORANG IBU. ='(

Terima kasih untuk sahabat yang sanggup menghantar aku pulang. Jasa mu akan ku kenang sampai bila-bila pun. =,)

Selasa, 27 April 2010

Kekusutan Fabulous Rimas

Sudah lama aku memikirkan perkara ini. Aku kena jugak buat. Walau apa pun yang berlaku aku kena teruskannya dalam masa terdekat. Aku dah makin rimas. Terasa rimas. Ok rimas (sambil menyanyikan lagu RIMAS-Fabulous Catz). 'Mengapa aku yang terluka, Aku yang merana, Aku yang menahan sisa baki cinta ini, Engkau yang meminta, Aku yang sengsara, Rimas rimas Aku rimas'.

Segalanya seperti tak kena. Kelainan jelas terasa. Tiada lagi mutu dan keunggulan. Tiada lagi iklan dunhill di kaca tv. Tiada. Semuanya dah tiada.


Dan semuanya kerana... Rambut aku dah panjang! Aku harus memendekkannya seperti kebiasaan!

Baby Bye-Bye Justin Bieber Mood Swing

Lirik Lagu Baby by Justin Bieber

Mood swing lagi!!!

............

Mood swings are commonly associated with mood disorders, of which the classic examples are bipolar disorder (also known as manic depression) and dissociative identity disorder (also known as multiple personality disorder). Another major factor in mood swings is hyperactivity or hyperactivity/inattentiveness such as ADHD and Asperger syndrome. However, they should not be confused with these disorders, for they are not the same.

Other causes of mood swings are due to hormonal changes that can temporarily upset brain chemistry. As the hormones involved normalize, these mood swings generally subside on their own.

Sumber maklumat dari Wikipedia.

Combination Awesome [Cinta & Benci]

Aku sedang sakit perut sebenarnya. Sebelum bermula, sila bagi aku tempoh lima minit untuk bertenang.

.................................

Lima minit sudah berakhir. Jadi mari kita mulakan.

Hari ini aku nak bawa kamu semua bersama aku dalam mood blues. Izinkan aku meluahkan sesuatu dalam bahasa asing (tak asing pun sebenarnya). Sebab aku cuba untuk buat-buat dalam keadaan sedang bercakap dengan orang yang berkenaan.



Ungu - Hampa Hatiku

Pernahkah kau merasa
Pernahkah kau merasa

Cukup sudah kuberikan cintaku
Cukup sudah rasa ini untukkmu
Mati sudah hati ini padamu
Mati sudah hasrat ingin bersamamu

Pernah kah kau merasa
Hatimu hampa
Pernah kah kau merasa
Hatimu kosong

Buang saja semua kata cintamu
Buang saja semua kata maafmu
Hancur sudah hati ini padamu
Hancur sudah hasrat ingin bersamamu

Memories are sweet. And sometimes bitter. But I like to keep the sweet one. Sometimes we do think about our ex girlfriends or boyfriends. Maybe becoz we’re still in love with them. Or maybe not...

For me.. When I did think of ____ (sila isikan tempat kosong), its not becoz of love.. It maybe juz becoz of the memories. It doesn’t mean that I’m stil not moving on...

As this entry is specially dedicated for you (you know who you are and I know you’ll definitely know), and you’re... Ermmm.. Berhenti di situ!

I’m sorry for my ‘bitchy’ SMSses that I sent to you earlier. Believe me, I only meant not even half of the messages. It was full of hate. I don’t know what was I thinking when I wrote those messages. I’m not angry at all. I’m just sad. So sad.. And there’s a frustration involved too.

You left me all by myself to handle your ‘dirty’ scandals (your bekas tunang actually). I guess I can handle it for a while. But not for long. Too much pressure around and I’ve lost it. I lost myself too during the process. I became very ’stiff’ in everything I do, including my words. I hurt people with my words (they asked for it for sure!). And I hurt you too. **geram sangat!

I hope that can explain the ‘bitchy’ part.

And I hope you can put it all behind us. And I’ll definitely do the same. Now I just can be your friend. Always... Count on me. I’ll be there. No matter what dear...

Sekian, terima kasih. Dalam keadaan keliru sama ada nak balik atau teruskan kerja. Aku sedang sakit perut. =I

Isnin, 26 April 2010

Kisah Sadis 'Anak Ayam Bogel'













Hah! Apa yang kamu fikirkan sebelum kamu klik pada tajuk entry?!



































Aku dapat tajuk entry nih daripada kawan2 masa makan petang tadi. Entry nih saja aku wujudkan untuk menganalisa kadar trafik. =P

Hehe, silalah tengok anak ayam yang bogel...*wink =D

Formula One Pun Tak Sepantas Aku

Pernah tak kamu fikir tentang hidup dalam jangkamasa lima saat? Kalau tak pernah. Aku akan bagi satu task. Tasknya ialah dalam masa lima saat, sila fikirkan tentang perjalanan hidup kamu.

Ok lima saat saja ya kawan2. Kita kira 1..2..3.. Mula!

* 1 saat.

* 2 saat.

* 3 saat.

* 4 saat.

* 5 saat.

............................................ Masa dah tamat!

Baiklah. Selama lima saat tu apa perkara pertama yang terlintas di fikiran kamu? Adakah Donut BigApple? Sebab itulah perkara pertama yang terlintas di fikiran aku! =)

Sekarang, aku nak kata yang hidup kita adalah satu pertaruhan. Bak kata seorang kawan, bila bangun pagi perlu lambung dadu, kalau dapat 1 hingga 4 maknanya tak pergi kerja, kalau dapat 5 atau 6 maknanya pergi kerja. Senangnya kalau hidup betul2 macam tu. Sebab apa yang kawan aku tu cakap hanyalah gurauan semata-mata.















Inilah dadu yang dimaksudkan, betul2 yang dimaksudkan. Haaa.

Hidup nih sebenarnya tak cukup untuk diimaginasikan dalam tempoh masa cuma lima saat. Tapi perlu dinikmati selagi hayat masih ada.

Jadi, nikmatilah hidup kamu seperti aku menikmati hidup aku dengan makan petang yang sempoi ini. =)















Kuih yang aku tak tahu apakah namanya, tapi sedap.















Cendol jagung + kacang.

Lokasi tempat makan adalah warung bawah pokok.

Untuk menikmati hidup ini dengan cara yang terbaik. Cubalah berfikir dan cubalah menerima cara pemikiran dari segala aspek pemikiran golongan yang berbeza-beza. Hidup korang pasti enjoy! =D

Albert Einstein juga seorang genius yang 'gila'.

Kerana Monday Yang Selalu Sickness

Salam Monday sickness...Memandangkan hari nih adalah hari Isnin, dan hari Isnin adalah hari pertama kerja dalam satu minggu. Maka jom kita mulakan dengan sarapan pagi! Penting ok kamu. =)

Ok, pertama sekali kita mulakan dengan nasi lemak. Ye nasi lemak, kalau tak biasa makan nasi lemak, tolonglah biasakannya kalau kamu tinggal di Malaysia. =D














Nasi lemak haruslah nasi lemak ayam. Dan ayam haruslah bahagian peha. Kalau bahagian lain tak ada feel aku nak makan ayam.

Yang kedua, teh 'O' ais. Tak perlu minum air yang bersusu apabila makan makanan yang dikategorikan sebagai makanan berat. Makanan berat di sini adalah nasi lemak. Contoh air yang bersusu adalah teh ais. =) Kita akan minum teh 'O' ais ye kawan2.














Ais perlu ditonjolkan dengan jelas kerana ini adalah teh 'O' ais. Minum teh 'O' ais di waktu makan pagi. Jangan diamalkan selalu ok. Tak baik untuk kesihatan minum ais di waktu pagi.

Ok next. Berdiskusi di meja makan. Gambar sekadar hiasan.














Sebelum memulakan kerja. Amalkan berdiskusi bersama rakan2 sekerja. Berdiskusi itu maksudnya berbincang segala macam hal2 dan masalah negara sendiri. Bukan sekadar berduduk di atas kerusi semata-mata ok.

Last sekali adalah, sebenarnya aku cuma nak bagitahu yang aku dah pun mempunyai seorang pengikut! Thanks to Miz Fieza! Lot of love! Taip ayat ini dengan perasaan terharu... Wah damn! Happy hour...=')

Si Hijau Hulk Minum Kopi Bersama Si Merah Jambu



Teruja bila pertama kali mendengar lagu Pink-Please Don't Leave Me yang dinyanyikan oleh member aku kat karaoke (betul ke eja 'karaoke' camtu?) beberapa minggu yang lalu (banyak minggu sebenarnya). Serius pertama kali aku dengar ok...Kamu jangan gelak..=D

Credit to my friend Sathees. Dengan ayat "cinta macam air kopi; air kopi kalau kita minum time panas rasanya mesti sedap, tapi lama2 bila dah sejuk, dah tak sedap lagi dah" Best quote of the month. Hah quote?? Hehe..Apa2 jela...

Semalam aku terbaca blog Hanis..Terbaca?? Haha ok2..The truth is aku memang tiap2 hari lepak kat blog Hanis dan membaca post yang sama berulang kali. Hanis..?? Kalau korang nih memang blogger tegar korang sure kenalnya siapa Hanis kan...Kan3??? =) Post entry yang bertajuk 'Nota untuk gadis menengah rendah'...Buat aku teringatkan zaman sekolah dulu2. Kawan2 lama. Teringatkan kenangan2 terindah bergelar budak sekolah. Tiba2 hati aku tergerak untuk mencari kawan lama. Maka aku try la menaip nama sorang kawan lama di ruangan 'search' di facebook. Dan tanpa diduga! (ok saja nak buat ayat suspen dengan meletakkan tanda seru) Itu dia! Memang dia. Betul2 dia. Aku bukan je jumpa facebook dia, blog dia pun aku terbaca. Sekali lagi 'ter'. Tapi baca dan komen dengan menggunakan kaedah curi2 jela. Kenapa?? Hehehe. Adalah sebabnya 2..

Owrait. So aku tinggalkan kamu dengan persoalan 2 untuk difikirkan ok..Daaa...(cheh cam gedik je ayat 'daaa' 2) =D

Ahad, 25 April 2010

Aku Bukan Albert Einstein

Salam malam ahad yang makin gelap kalau tak ada lampu2 jalan yang menyala sampai pagi.

Aku sedang lapar sebenarnya. Ye..LAPAR..Kalau tak tahu apa itu lapar, sila google ye kawan2..Sangat malas nak keluar makan. Masak? Erk ok. Terus kenyang...=P

Pernah tak kamu terfikir tentang 'kemasyuran'? Bagi kamu apa itu kemasyuran?

Ok, dipendekkan cerita. Bagi aku mereka adalah 'kemasyuran'.

Mantan Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir)

Juara Dunia (Nicol David)

Dia Anak Jurusolek! (Hanis Zalikha)

Penghibur Hati (Fafau)

Di waktu lapang (wah di waktu lapang u all) aku akan terfikirkan macam mana mereka boleh jadi hebat dan terkenal..Macam mana ek?? Dan terasa aku jugak hebat sebab tefikirkan benda macam nih.

Ok korang jangan tertipu dengan ayat 'di waktu lapang'. Sebabnya dah tentulah bukan di setiap waktu lapang. Mungkin cuma sekali selama lima saat saja di waktu lapang. Kebetulan masa terfikir tu adalah waktu lapang. Maka aku cakaplah 'di waktu lapang'..Ok?

Aku bukan Albert Einstein. Proud to be me..^;^

** Kalau kamu tanya kenapa tak ada gambar Siti Nurhaliza. Aku akan jawab 'No komen, ini blog aku yang punya..'..Hehe, kamu faham tak? =P

If We Ever Meet Again 'Pagi'

Selamat pagi semua..

Ok, tipu..Lagi sekali...

Selamat petang semua...! =)

Aku baru saja terkial-kial keluar dari kepompong setelah jam di dinding dalam bilik aku nih menunjukkan pukul 2.55 petang waktu Malaysia. Hehe..Tak senonoh.

Aku dah kerugian waktu pagi yang indah. Yelah, hari nih aku tak sempat nak mengalami pagi. Bangun2 je dah petang. Hah satu hari aku tak lengkap sebab tak ada pagi. Hmmm..

Seperti biasa, rutin petang akan tetap diteruskan. Jom makan! Eh2 kena mandi dulu ok.

So, pagi..I never be the same, if we ever meet again...=D



If We Ever Meet Again Lyrics


What is someone like you doin in a place like this?
Say Did you come alone or did you bring all your friends?
Say whats your name , What are you drinking
Think I know what are you thinking
Baby whats your sign tell me yours and ill tell you mine
Say Whats somebody like you doin in a place like this

Ill never be the same if we ever meet agaian
Whooooon't let you get awaaay
Say if we ever meet again,
This free-falls, got mee sooo, kiss me all,
Night, Don't ever let me go
Ill never be the same if we ever meet again

Do you come here much? I swear ive seen your face before.
Hope You don't see me flash but I cant help but want you more, more
Baby tel me whats your story I aint shy don't you worry
Im flirtin' with my eyes, I wanna leave with you tonight.
Do you come here much? ive gotta see your face some more
(some more caause baby i)

I'll never be the same - if we ever meet again
Won't let you get away-ay - say, if we ever meet again
This free fall's, got me so
Kiss me all night, don't ever let me go
I'll never be the same
If we ever meet again

**Pertama kali bangun lambat untuk tahun nih ok. Bukan selalu. Heee..=D Bye.

Sabtu, 24 April 2010

Perkataan Pertama Adalah 'Hye'

Hye. Hari ini. Saat ini. Sempurnakan harimu.

Jari jemari aku mengetuk papan kekunci komputer ini untuk mencipta sebaris ayat. Intro. Ya intro namanya. Dan akhirnya aku baru saja menaip beberapa patah perkataan. Ohh. Kini aku adalah penulis blog dengan hanya beberapa minit saja. Tidak susah. Memang tidak susah rupanya mahu bergelar penulis blog.

Mungkin tidak susah untuk menulis. Tapi untuk tulisan itu dibaca orang mungkin agak susah. Terutama blogger baru macam aku nih. Kata orang, ibarat bayi yang baru nak belajar berjalan. Nak berdiri pun masih terasa takut. Takut terjatuh. Jatuh nanti pasti sakit. Tapi kalau tak berdiri macam mana nak berjalan kan? Hurmmm...Kalau tak cuba untuk bermula macam mana nak tahu berjaya ke tak kan? Tak ada permulaan maka tak ada perjalanan, tak ada perjalanan tak akan ada penghujung atau pengakhirannya.

Ok dah merepek secukup rasa.

Dengan berbekalkan 14 Tips Menjadi Blogger Masyhur/Terkenal Seperti Saya daripada Hanis Zalikha sebagai panduan. Aku dah pun tertulis blog nih. 'Ter' ok. Hehe..

Selama nih aku just pandai berimaginasi untuk diri sendiri je. Bila nak dicurahkan di atas kertas (ahah maksud aku menulis di atas kertas) aku jadi blur secara tiba-tiba. Aku tak boleh. Mungkin sebab aku banyak main game di waktu lapang kot.

Dulu aku penah ada blog. Tapi aku tak tahu apa yang aku buat dengan blog tu =P. Dah tak ingat apa-apa pasal blog lampau tu. Disebabkan aku suka membaca (jadikan membaca amalan kita), so aku banyak terbaca blog-blog individu tertentu di internet. Aku banyak belajar dari pembacaan tersebut. Hidup ini terlalu indah. Berwarna warni. Aku punyai hidup yang berbeza dari mereka. Mereka punyai hidup yang berbeza dari orang lain. Orang lain punyai hidup yang berbeza dari orang-orang lain. Kesimpulannya hidup kita semua tak akan sama.

Sekarang tak perlukan pen untuk menulis dan kertas untuk ditulis.

Hujan sudah berhenti. Aku mahu pulang.