[ Blog Ini Aku Tak Harap Orang Faham Atau Jerit Tak Faham!!! ]

Ahad, 11 Julai 2010

Oh Apek. Nak Race Kat Track La.

Suatu hari yang pagi. Aku telah merancang untuk tengok wayang bersama kawan-kawan. Bila aku mengajak beberapa orang kawan. Sebilangan mereka telah tengok dan sedang tengok cerita yang aku nak tengok tu.

.................(insert bunyi cengkerik).

Ok pening kejap dengan ayat. Lama tak berblogging. Baiklah aku cuba lagi.

Lalu aku terpaksalah tengok berdua saja dengan seorang kawan yang belum tengok. Berdua. Berdating? Eh bukan. Memandangkan masa tu ada kawan aku yang sedang tengok cerita tu maka aku menyuruh dia membelikan dua tiket untuk tayangan waktu malam. Tayangan jam 8.00 malam seat tengah.

Hari yang malam. Baca betul-betul. Bukan malang ok. Malam. Aku balik kerja dan sampai di rumah jam 7.15 petang. Lalu aku baring kejap. Then aku mandi. Hati aku berkata 'Tiket dah beli, apa ada hal...'. Semasa aku sedang bersiap telefon aku berbunyi menandakan ada mesej. Aku buat tak tahu saja. Bila aku dah selesai menyiapkan diri. Aku tengok mesej tersebut 'Dah sampai ke?', dihantar pada jam 7.41 petang. Dan aku baca mesej tersebut pada jam ...? Jam berapa datuk harimau?

Aku mengalami tindakan reflek lantas mencapai kunci kereta. Ok terlupa, kunci rumah juga. Lalu aku drive menuju puncak. Memandangkan TGV berada di tingkat atas maka puncak la juga maknanya tu.

Dalam perjalanan aku yang penuh cabaran sambil sekali sekala memandang jam yang disediakan oleh syarikat pembuat kereta. Tiba-tiba! (tanda seru untuk dibaca dengan nada terkejut) Ada pulak seorang apek cina bawa van kedai borong tak puas hati dengan tahap kelajuan kereta aku. Aku dah maki hamun apek tersebut sambil menambah kelajuan. Kelajuan aku berkurangan bila kereta di depan aku bergerak umpama bawa anak anjing bersiar siar. Apek tersebut memintas aku dengan muka bangga tahi ayam dia tu. Lalu aku berkata 'Weyh ba.alip.ba.ya nak race kat track la' dengan suara yang agak kuat tapi aku sorang je dengar. Kerana dalam kereta cuma ada aku seorang saja dan tingkap kereta ditutup kerana aircond dipasang.

Sekian laporan dari saya. Kembali ke TGV untuk menyaksikan cerita PREDATOR yang harram jaddah. Bak kata member aku. Itulah cerita pembukaan kampung baru.

Sekian...

3 ulasan:

velasrizal berkata...

adeh..xtgk lagi predator..best tak..

Traffik Luar Biasa Angkara Paul The Octopus !

Mohd Fadil berkata...

tengok komen macam haram jadah...macam tak best je tu...ingat nak pergi tengok minggu depan...

ochipz zaind berkata...

bagi saya..xbest!! hehe

Catat Ulasan