[ Blog Ini Aku Tak Harap Orang Faham Atau Jerit Tak Faham!!! ]

Protected by Copyscape Plagiarism Software

Ahad, 25 April 2010

Aku Bukan Albert Einstein

Salam malam ahad yang makin gelap kalau tak ada lampu2 jalan yang menyala sampai pagi.

Aku sedang lapar sebenarnya. Ye..LAPAR..Kalau tak tahu apa itu lapar, sila google ye kawan2..Sangat malas nak keluar makan. Masak? Erk ok. Terus kenyang...=P

Pernah tak kamu terfikir tentang 'kemasyuran'? Bagi kamu apa itu kemasyuran?

Ok, dipendekkan cerita. Bagi aku mereka adalah 'kemasyuran'.

Mantan Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir)

Juara Dunia (Nicol David)

Dia Anak Jurusolek! (Hanis Zalikha)

Penghibur Hati (Fafau)

Di waktu lapang (wah di waktu lapang u all) aku akan terfikirkan macam mana mereka boleh jadi hebat dan terkenal..Macam mana ek?? Dan terasa aku jugak hebat sebab tefikirkan benda macam nih.

Ok korang jangan tertipu dengan ayat 'di waktu lapang'. Sebabnya dah tentulah bukan di setiap waktu lapang. Mungkin cuma sekali selama lima saat saja di waktu lapang. Kebetulan masa terfikir tu adalah waktu lapang. Maka aku cakaplah 'di waktu lapang'..Ok?

Aku bukan Albert Einstein. Proud to be me..^;^

** Kalau kamu tanya kenapa tak ada gambar Siti Nurhaliza. Aku akan jawab 'No komen, ini blog aku yang punya..'..Hehe, kamu faham tak? =P

Tiada ulasan:

Catat Ulasan