[ Blog Ini Aku Tak Harap Orang Faham Atau Jerit Tak Faham!!! ]

Protected by Copyscape Plagiarism Software

Sabtu, 24 April 2010

Perkataan Pertama Adalah 'Hye'

Hye. Hari ini. Saat ini. Sempurnakan harimu.

Jari jemari aku mengetuk papan kekunci komputer ini untuk mencipta sebaris ayat. Intro. Ya intro namanya. Dan akhirnya aku baru saja menaip beberapa patah perkataan. Ohh. Kini aku adalah penulis blog dengan hanya beberapa minit saja. Tidak susah. Memang tidak susah rupanya mahu bergelar penulis blog.

Mungkin tidak susah untuk menulis. Tapi untuk tulisan itu dibaca orang mungkin agak susah. Terutama blogger baru macam aku nih. Kata orang, ibarat bayi yang baru nak belajar berjalan. Nak berdiri pun masih terasa takut. Takut terjatuh. Jatuh nanti pasti sakit. Tapi kalau tak berdiri macam mana nak berjalan kan? Hurmmm...Kalau tak cuba untuk bermula macam mana nak tahu berjaya ke tak kan? Tak ada permulaan maka tak ada perjalanan, tak ada perjalanan tak akan ada penghujung atau pengakhirannya.

Ok dah merepek secukup rasa.

Dengan berbekalkan 14 Tips Menjadi Blogger Masyhur/Terkenal Seperti Saya daripada Hanis Zalikha sebagai panduan. Aku dah pun tertulis blog nih. 'Ter' ok. Hehe..

Selama nih aku just pandai berimaginasi untuk diri sendiri je. Bila nak dicurahkan di atas kertas (ahah maksud aku menulis di atas kertas) aku jadi blur secara tiba-tiba. Aku tak boleh. Mungkin sebab aku banyak main game di waktu lapang kot.

Dulu aku penah ada blog. Tapi aku tak tahu apa yang aku buat dengan blog tu =P. Dah tak ingat apa-apa pasal blog lampau tu. Disebabkan aku suka membaca (jadikan membaca amalan kita), so aku banyak terbaca blog-blog individu tertentu di internet. Aku banyak belajar dari pembacaan tersebut. Hidup ini terlalu indah. Berwarna warni. Aku punyai hidup yang berbeza dari mereka. Mereka punyai hidup yang berbeza dari orang lain. Orang lain punyai hidup yang berbeza dari orang-orang lain. Kesimpulannya hidup kita semua tak akan sama.

Sekarang tak perlukan pen untuk menulis dan kertas untuk ditulis.

Hujan sudah berhenti. Aku mahu pulang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan