[ Blog Ini Aku Tak Harap Orang Faham Atau Jerit Tak Faham!!! ]

Protected by Copyscape Plagiarism Software

Isnin, 26 April 2010

Formula One Pun Tak Sepantas Aku

Pernah tak kamu fikir tentang hidup dalam jangkamasa lima saat? Kalau tak pernah. Aku akan bagi satu task. Tasknya ialah dalam masa lima saat, sila fikirkan tentang perjalanan hidup kamu.

Ok lima saat saja ya kawan2. Kita kira 1..2..3.. Mula!

* 1 saat.

* 2 saat.

* 3 saat.

* 4 saat.

* 5 saat.

............................................ Masa dah tamat!

Baiklah. Selama lima saat tu apa perkara pertama yang terlintas di fikiran kamu? Adakah Donut BigApple? Sebab itulah perkara pertama yang terlintas di fikiran aku! =)

Sekarang, aku nak kata yang hidup kita adalah satu pertaruhan. Bak kata seorang kawan, bila bangun pagi perlu lambung dadu, kalau dapat 1 hingga 4 maknanya tak pergi kerja, kalau dapat 5 atau 6 maknanya pergi kerja. Senangnya kalau hidup betul2 macam tu. Sebab apa yang kawan aku tu cakap hanyalah gurauan semata-mata.















Inilah dadu yang dimaksudkan, betul2 yang dimaksudkan. Haaa.

Hidup nih sebenarnya tak cukup untuk diimaginasikan dalam tempoh masa cuma lima saat. Tapi perlu dinikmati selagi hayat masih ada.

Jadi, nikmatilah hidup kamu seperti aku menikmati hidup aku dengan makan petang yang sempoi ini. =)















Kuih yang aku tak tahu apakah namanya, tapi sedap.















Cendol jagung + kacang.

Lokasi tempat makan adalah warung bawah pokok.

Untuk menikmati hidup ini dengan cara yang terbaik. Cubalah berfikir dan cubalah menerima cara pemikiran dari segala aspek pemikiran golongan yang berbeza-beza. Hidup korang pasti enjoy! =D

Albert Einstein juga seorang genius yang 'gila'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan