[ Blog Ini Aku Tak Harap Orang Faham Atau Jerit Tak Faham!!! ]

Rabu, 26 Mei 2010

Aku Seorang Bujang

Bila disebut bujang. Kamu tahu kan apa maksudnya? Seorang bujang adalah seorang yang belum berkahwin. Belum ada isteri/suami. Belum ada anak. Belum ada keluarga yang terdiri daripada suami, isteri dan anak.

Seorang bujang. Apakah yang kamu harapkan dari seorang bujang? Adakah hidup seorang bujang hanya bangun pagi, pergi kerja, lepak dengan kawan-kawan, balik lewat malam, tidur dan bangun lambat di hari minggu?

Aku seorang bujang. Bujang yang tinggal jauh dari keluarga. Kalau tanya aku tentang rutin seorang bujang. Jawapan aku mungkin akan sama seperti di atas. Tak salah kan? Sebab semua bujang juga akan begitu.

Hidup bujang sempoi tanpa sebarang komitmen yang berat. Tak ada suami/isteri dan anak. Tapi si bujang pasti akan menerima soalan 'cepu cemas' yang wajib ini...

"Apa lagi yang kau tunggu?"

Atau;

"Bila nak kahwin?"

Atau;

"Dah kahwin ke belum?"

Atau;

"Dah ada calon ke?"

Atau;

"Kau bila lagi nak kahwin macam kawan-kawan kau? Kau kena ingat, umur kau tu makin meningkat!"

Pelik. Apalah yang kamu risaukan. Contoh terdekat. Ella ratu rock pun belum kahwin. Buat masa sekarang, kahwin-kahwin semua nih bukan aku. Tolonglah jangan tanya.

Fara Fauzana pun belum kahwin.

2 ulasan:

Ery Farieha berkata...

stendet la tu
org nak tnye mcm2
haha

ochipz zaind berkata...

haha..
2 la pasal...
tp agak mencemaskn soklan 2 kadang2..

Catat Ulasan