[ Blog Ini Aku Tak Harap Orang Faham Atau Jerit Tak Faham!!! ]

Protected by Copyscape Plagiarism Software

Ahad, 30 Mei 2010

Rumah Kita Ni Tak Cukup Dinding Ke?

Kamu gila glamour? Ya, boleh dikatakan semua gila glamour. Bukan manusia namanya kalau tak ada nafsu untuk glamour dan menarik perhatian. Haha. Seharusnya begitu. Zaman sekarang memang semua mahukan "glamour". Mengejar glamour sekaligus mencapai cita-cita.

Bukankah bagus dapat jadi "glamour"?

Persoalannya di sini. Mengapa ada sebilangan manusia yang sanggup menggunakan orang lain untuk mendapat glamour? Terutama orang susah yang perlu dibantu dari segi material dan sokongan moral. Menderma. Kenapa ada yang menderma nak sangat nama diketahui. Nak semua orang tahu yang dia sudah menderma. Tunjuk replika cek besar-besar dengan nilai ribu-ribu. Ada juga yang menderma tak nak namanya disebut-sebut.

Dilema dalam kehidupan manusia. Kita selalu diminta untuk memberi sesuatu kepada orang lain. Bukan sekadar pemberian materialistik, tetapi juga sesuatu yang abstrak dan subjektif seperti kasih sayang dan perasaan.

Dalam setiap pemberian itu, selalu kita mengharapkan balasan. Susah untuk dicari sekarang ni orang yang betul-betul ikhlas dalam pemberian dan tidak mengharapkan sebarang balasan terhadap apa yang telah diusahakan kepada yang lain.

"For every wish you make, you must give something of equal value in return".

Di situlah silapnya pemikiran orang-orang kita.

Tidak perlu tunjuk keikhlasan hati secara terang-terangan, kerana itu bukan ikhlas namanya. Kalau tangan kanan menderma dan memberi, tangan kiri tidak perlu tahu.

Aku tergelak tengok video di bawah. Dan tiba-tiba muncul idea untuk menulis entry ini.



Ini dah bukan gila glamour. Ini dah macam gila meroyan. Haha. Maaf.

Aku tak faham dengan idealogi kamu semua. Yang aku merepek itu ada faedahnya tapi orang BODOH takkan faham. Jadi kamu tolong jangan cari nama di sini. Untuk apa nak cari nama? Itu sia-sia saja la kalau di dunia yang penting itu duit dan bukan nama.

Kenali seseorang itu jika dia betul-betul ikhlas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan