[ Blog Ini Aku Tak Harap Orang Faham Atau Jerit Tak Faham!!! ]

Protected by Copyscape Plagiarism Software

Rabu, 19 Mei 2010

Peristiwa Pelik Aku Bersama Alat Penimbang Berat Dan Pengukur Ketinggian

Sebenarnya kisah ini berlaku semalam. Dan semalam aku dah pun savekan tajuk ini dalam draf.

Pernah tak kamu semua nampak alat penimbang dan pengukur yang selalu ada di shopping complex? Kedudukannya mesti dekat dengan pintu, tangga, lif atau kat mana-mana saja yang menjadi tumpuan orang ramai.

Nak guna senang saja. Berdiri atas penimbang tu dan masukkan duit 20 sen. Mula-mula alat tu akan timbang berat kita. Lepas itu berdiri tegak dan alat itu akan kira ketinggian kita. Bila dah selesai untuk kedua-dua aktiviti tersebut. Alat itu akan mengumumkan BMI kita dengan suara (erk suara?) yang tak agak-agak kuatnya (sangat kuat!).

Mesti kamu ada yang pernah guna alat penimbang berat dan pengukur ketinggian itu kan? Kamu jangan tipu. Aku tahu kamu pernah. Kamu percaya ke pada alat itu? Aku? Aku tak percaya!

Semalam aku masukkan 20 sen ke dalam alat yang nama saintifiknya aku tak tahu. Tapi aku tahu tujuan alat itu untuk menimbang berat badan dan mengukur ketinggian. Kemudian berat ditimbang. Aku berdiri tegak untuk memberi ruang alat itu mengukur ketinggian aku.

Tapi.

Adakah ruang yang aku berikan terlalu banyak? Sehingga alat itu mengeluarkan perkataan 'Thank you. Bye-Bye.' pada skrin kecilnya tanpa memberitahu aku ketinggian dan BMI dengan suara yang kuat.

Aku tahu aku tak berapa nak tinggi. Tapi jangan hina aku macam tu. ='(

Perlukah aku buat aduan ke Biro Pengaduan Awam? Atau Persatuan Pengguna?

2 ulasan:

akmal berkata...

akk ni ade2 jerk.. uhuhuhuhuh

Pena Patah berkata...

harharhar =) btol..kjadian ini berlaku depan asz lg tau..

Catat Ulasan