[ Blog Ini Aku Tak Harap Orang Faham Atau Jerit Tak Faham!!! ]

Protected by Copyscape Plagiarism Software

Ahad, 16 Mei 2010

Terima Kasih Cikgu! Betul Ke?!

Aku telah menelefon adik-adik aku semalam. Adik aku yang berumur 12 dan 6 tahun bercerita tentang hadiah yang dibeli untuk Hari Guru. Hari Guru disambut hari ini.

Bercerita tentang guru. Masih lagi aku ingat. Walau kisahnya dah samar-samar diselubungi kabus dalam ingatan aku. Dulu masa aku darjah satu. Aku sangat minat dengan matematik. Setiapkali dapat result exam mesti matematik dapat 100%. Darjah satu weh. Darjah satu. Matematik cumalah nombor, tambah dan tolak. Itu saja.

Bila darjah dah bertambah. Maka matematik pun bertambah. Aku mula tak sukakan matematik bila kena hafal sifir. Sebelum mulakan kelas, cikgu matematik kata 'ok semua bangun, saya nak soal sifir, siapa boleh jawab boleh duduk, kalau tak boleh jawab tak boleh duduk.' Wah! Ok! Baiklah! Dan aku akan selalu jadi antara yang terakhir boleh duduk. Aku tak suka. Aku benci. Aku bencikan matematik dan tak sukakan cikgu matematik. Betul. Aku cuma suka BM sebab Cikgu Kamsiah selalu puji karangan aku yang best. =) Oh ya, sekarang pun tolong jangan soal aku tentang sifir. Tolonglah.

Sejak dari itu. Aku dah berdendam dengan matematik. Aku tak suka kelas matematik. Homework matematik aku akan buat separuh je yang senang-senang. Lepas tu tinggalkan ruang untuk yang susah-susah. Aku tak nak bazirkan masa aku berfikir untuk itu. Lebih baik aku main game Super Mario. Pagi-pagi esoknya aku akan datang awal ke sekolah dan salin je dari kawan aku yang bijak matematik (tiru). Kadang-kadang aku akan ponteng kelas tambahan matematik dan cakap buku lupa nak bawa. Padahal memang niat tak nak bawa pun. =b

Ketidaksukaan aku terhadap matematik telah semakin menular saban tahun. Aku tak pernah dapat A pun. Setakat B dah cukup bagus ok. Dan C adalah kemestian. Hehehe. Bukan salah aku. Salah matematik. Salah matematik bila aku kena cubit dengan kuat dekat lengan aku oleh cikgu matematik sebab tak siap homework. Sampai lebam lengan aku. Salah matematik bila aku kena rotan sebab fail addmath. Fail ok. Semuanya sebab matematik dan cikgu matematik! Aku ingat cikgu tu walaupun dah tak ingat nama dia. Aku dah lupa nama sebab aku tak suka dia. =')

Tapi...

Walaupun aku bencikan matematik. Jodoh aku dengan matematik sangat kuat. Tak tahu kenapa. Dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah sampailah aku masuk kolej. Aku tak pernah berpisah dengan matematik. Walau aku tak bijak matematik, tapi aku bijak biologi, kimia dan sikit-sikit fizik. Fizik pun ada unsur matematik sebab tu bijak sikit je. Hufff.

Sekarang boleh tak kamu semua bayangkan betapa aku berusaha untuk lulus dari setiap exam sampai aku habis belajar hanya kerana matematik. Matematik! Dan cikgu matematik juga. =)

Selamat Hari Guru untuk semua guru. Dan ucapan Selamat Hari Guru yang paling special ditujukan buat PENGALAMAN AKU. Kerana pengalaman adalah guru yang paling tiada tandingan. =D

** Kalau dulu aku tak pernah ponteng sekolah, tak pernah panjat pagar sekolah untuk balik rumah sebab nak ponteng kelas tambahan, tak pernah panjat pagar sekolah sebab datang sekolah pukul 9.30 pagi, tak pernah lari dari asrama dan selalu siapkan homework. Aku rasa aku mesti ada peluang jadi guru besar kan. Kamu rasa?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan