[ Blog Ini Aku Tak Harap Orang Faham Atau Jerit Tak Faham!!! ]

Rabu, 12 Mei 2010

Dan Akhirnya Episod Akhir ADAMAYA



Sejak cerita Adamaya ini bermula, aku dah tertengok episod 1. 'Tertengok' ok, percayalah. Aku sebenarnya tak adalah suka sangat nak tengok cerita berepisod. Apatah lagi kalau cerita time petang-petang macam ni. Cerita Melayu pulak tu. Kebanyakannya sama saja, cuma tajuk yang berbeza. Sangat menyusahkan aku nak berkejar balik dari pejabat bagai lipas kudung semata-mata tak nak terlepas episod.

Tapi bila tengok Adamaya ni, aku rasa cerita ini cute! Different! Serius, aku serius ni. Adamaya memang sama tapi tak serupa dengan cerita I'm Not Single. I'm Not Single agak bosan, pelakonnya kaku, termasuk Lisa Surihani (Maya). Dalam Adamaya, Lisa memang hebat!

Cepat tepuk tangan kamu. Aku paksa ni ok. Hehe =D

Sepanjang aku tengok cerita ni, everything memang menjadi. Mereka tentu bekerja keras kan? Tak macam berlakon pun. Credit to all! Cerita ini berjaya, dan aku rasa semuanya disebabkan pemilihan pelakon yang memang tepat. Semua orang tentu suka dan teruja dengan Amani kan?! Sangat comel!

Yang pasti, semua yang mengikuti cerita ini mesti tak sabar-sabar menunggu episod akhir kan. Kan? Tak sabar-sabar nak tahu akhirnya macam mana. Adamaya bukan sekadar cerita kosong syok sendiri, tapi penuh tauladan dan pengajaran. Ada lagi ke orang macam Adam dalam zaman sekarang ni? Satu dalam sejuta. Sedangkan orang macam Maya dan Dani memang berlambak.

Jadi sama-sama lah kita tunggu last episode tu ok. Sabar...

Lirik Yang Terindah – Dakmie (OST Adamaya)

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan