[ Blog Ini Aku Tak Harap Orang Faham Atau Jerit Tak Faham!!! ]

Protected by Copyscape Plagiarism Software

Isnin, 17 Mei 2010

Entry Picisan Di Pagi Isnin

Malam semalam. Sambil aku menantikan mata berperasaan mengantok. Aku telah melawat dan meninggalkan jejak di beberapa blog yang agak meriah layoutnya.

Dan.

Aku dapat sesuatu di sini.

Hari ini aku nak abadikan petua yang berguna ni supaya aku tak akan lupa. Bila diperlukan (bila?!) aku cuma perlu log masuk ke dalam blog aku saja.

Bagaimana Mahu Hilangkan Lovebite??

1) Ambil sebutir panadol, hancurkan dengan sedikit air. Sapu pada tempat yg mempunyai bekas gigitan dan biarkan selama 10-15 minit atau sehingga ia kering. Kemudian bersihkan dgn air seperti biasa.

2) Jika masih kelihatan warna kemerah-merahan, sapukan sedikit cecair ubat pencuci mata (eyeMo) di bahagian tersebut. Biarkan untuk seketika.

3) Sapukan beberapa ketul ais batu di leher anda sehingga kesan gigitan semakin hilang.

4) Jika cara ini tidak berhasil, cuba gunakan bawang putih pula. Ambil seulas bawang putih dan belah dua. Kemudian gosokkan perlahan-lahan pada bahagian berkenaan sehingga pudar kesannya.


Sekian. Adik-adik yang belum cukup umur, don't try this at home.

Errr... Maksud aku, don't try 'Lovebite'.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ehem..3 template tu ellis search kat google

Pena Patah berkata...

hehe..entry ada link ke blog kamu..=) ooo search je ek..thank ye. =D

Catat Ulasan