[ Blog Ini Aku Tak Harap Orang Faham Atau Jerit Tak Faham!!! ]

Protected by Copyscape Plagiarism Software

Khamis, 20 Mei 2010

Entry Masalah Yang Tak Perlukan Tajuk

Cuaca hari ini tak panas macam kebiasaan. Yelah, Malaysia kan agak panas sekarang.

..... (silent mood).

Arghhh!!! Aku tak suka intro berkenaan.

Tarik nafas.

Hembus.

Baiklah aku cuba lagi sekali.

Aku dapati cuaca hari ini agak baik. Tak panas macam selalu. Kecuali keadaan dalam panggung wayang yang tak sejuk macam kebiasaan. Tadi aku tengok wayang. Kata gadis si penjual tiket di kaunter hari ini aircond rosak. Jadi tayangan cerita The Bounty Hunter telah ditunda.

Maka. Aku tengok cerita ini.

Minggu ini. Hari isnin, hari selasa, hari rabu dan hari ini hari khamis sehingga jam 11.56 pagi. Aku rasa aku tak ada sebarang masalah. Jam 11.57 pagi aku terpaksa rasa bermasalah. Terpaksa? Entahlah. Mungkin aku memang bermasalah. Tapi tak ada perasaan nak katakan itu adalah masalah. Mungkin juga aku tak tahu yang itu sebenarnya masalah sebab aku tak ada perasaan bersalah terhadap masalah.

Baiklah, sebenarnya.

Aku rasa aku tak bersalah dan itu bukan masalah aku. Kenapa nak libatkan aku dengan masalah 'kamu' semua. Sekarang masalah aku adalah 'kamu' semua. Izinkan aku mengatakan yang 'kamu' semua memang celaka.

Rasanya aku kena mengarang hujah untuk menjawab surat tunjuk sebab yang bakal diterima. Kena hantar permohonan tukar sementara rekod aku masih bersih. Sebelum tiba-tiba aku ada rekod kesalahan tatatertib.

Sekian. Dari aku yang tetap tak terasa masalah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan