[ Blog Ini Aku Tak Harap Orang Faham Atau Jerit Tak Faham!!! ]

Protected by Copyscape Plagiarism Software

Isnin, 31 Mei 2010

Selembu Dikacukkan Dengan Singa Akan Menjadi Selenga ; Kontroversi CHUKANG

Seladang telah menodai seekor lembu dan keluarlah anak selembu. Selembu bukanlah satu fenomena yang baru dalam negara kita ini. Selembu adalah hasil kacukan seladang dan juga lembu di mana ia mempunyai tubuh yang gagah seperti lembu dan sifat yang lemah lembut seperti seladang. Tetapi pernahkah kamu terfikir bahawa selembu dikacukkan dengan singa akan menjadi SELENGA? Ya. Itulah binatang paling gah sekali di alam ini. Selenga yang mengaum seperti singa dan memakan rumput. Hahaha lawak bukan. Tapi itu adalah kehidupan nyata sekarang.

Selepas tengok Melodi semalam (Perghhh!! Aku tgk Melodi wei!). Hehehe. Ada satu cerita panas pasal kontroversi filem pendek CHUKANG. Sebelum ini aku tak pernah tegok cerita ni. Jadi aku bersusah payah search cerita ni di Youtube (susah dan payah sebab tak sure tajuk). Nak juga aku tengok apa yang kontroversi sangat tu. Bagi aku cerita ni ok saja. Cuma bermotifkan kisah terpencil yang tidak kita sedari. Cerita CHUKANG ni ada 2 part. Aku dah culik dari Youtube dan aku letak kat bawah ni. Kalau kamu nak tengok, tengok la. Kalau nak komen pun boleh.





**Nama saya Sara...=P

Tak payahlah ulang-ulang sebut tentang 'people like us'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan