[ Blog Ini Aku Tak Harap Orang Faham Atau Jerit Tak Faham!!! ]

Protected by Copyscape Plagiarism Software

Sabtu, 15 Mei 2010

Entry Yang Ada Unsur Mencarut Tahap Sopan

Tanpa membuang masa. Cerita bermula semalam.

Semalam. Aku telah dihubungi seorang kawan. Dia kata nak jumpa. Aku kata 'Ok, see u tonight'.

Bila balik kerja yang mana aku tak bekerja kerana seharian ke karaoke, tengok wayang cerita Robin Hood dan menemani orang perempuan bershopping. On the way balik rumah singgah minum kejap dengan kawan. Bila sampai rumah. Duduk-duduk kejap layan facebook. Kemudian aku pergi mandi. Siap-siap pakai jeans and t-shirt putih. Selepas itu aku baring kejap sambil layan facebook lagi. Main CafeWorld.

Dan...

Aku telah tertidur. Tertidur. 'Ter', percayalah yang aku tak sengaja tidur sebenarnya.

Pagi tadi aku bangun pukul 9.00 pagi dan terus tengok handphone. Missed call dan massage. Lalu aku tersebut 'Oh shit!' (ayat mencarut sopan 1). Aku reply massage dan tidur balik.

Tiba-Tiba hari ini aku teringin nak pergi makan Mc'd. Massage 'Lapa la. Mc'd jom.' dihantar kepada 3 orang kawan. Salah seorang reply 'Aku tengah makan Mc'd la ni. Hehe.. Aku makan delivery je. Aku order one set bigmac. Large. Dia pergi deliver aku enam large coke. Agaknya dia dengar one macam enam kot. Hampeh.' Hahahahaha.. Yang ini aku tak carut. Aku gelak sekuat hati! =D

Petang tadi aku keluar. Dengan sopan aku drive tiba-tiba ada pulak seorang manusia dengan perasaan tak bersalah melintas depan aku masa kereta laju. Nasib baik aku mengelak dan tersebut 'b**i mamat nih!' (ayat mencarut sopan 2).

Masa aku keluar tadi aku terserempak dengan seseorang. Lalu aku teringat masa kali terakhir aku jumpa dia sebelum nih. Ayat terakhir dia masa tu adalah 'Apa-apa hal u call i. Dont worry, i jaga u'. Automatik dalam hati aku berkata 'Memang sial nye b**i nih. Bila nak mampus agaknya?' (ayat mencarut sopan 3).

Aku jarang sebenarnya mencarut. Sebab aku tak suka. Kalau terjadi juga. Itu bermakna di luar kawalan diri. Minta maaf. Hurm, memang sangat jarang kerana aku seorang yang sopan.









Aku sopan. (insert bunyi cengkerik).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan