[ Blog Ini Aku Tak Harap Orang Faham Atau Jerit Tak Faham!!! ]

Protected by Copyscape Plagiarism Software

Sabtu, 22 Mei 2010

Ku Ingin Memberitahu Kamu Bahawa Ku Ok

Beberapa hari ini emosi aku cukup terganggu sebenarnya. Nak dipendekkan cerita sebab aku memang malas nak cerita, aku rindu kat seseorang. Seseorang. Sampaikan time aku drive aku boleh cakap sorang-sorang.

Dialognya berbunyi;

'Alahai bangang betul la. Apasal la asyik nak ingat dia nih. Adoiiii.. Rindu siot..!'

Rindu. Agak-agaknya dia rindu aku tak? Dia ingat aku tak?

Oh ya. Bercakap sorang-sorang bukan bermakna gila ok. Mengasah bakat terpendam sebenarnya. Kawan aku cakap. Kalau aku tiba-tiba terasa rindu kat dia. Maknanya time tu dia pun tengah rindu kat aku.

Maknanya. Tak ada makna. Aku ada sikit perasaan menyesal ‘ter’putuskan hubungan tu. ’Ter’ ok. Percayalah syg... Tolong la percaya...

Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
bayangan wajahmu selalu di depan mata
harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia..
Aku pilih derita...

Seandainya kau berada di depan mata
Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapatku melihat seraut wajahmu
Walaupun belum tentu kau mahu bertemu
Apalagi memandangku...


Walau apa pun dan walau siapa pun 'seseorang' itu. Hakikatnya rindu aku kepada arwah Ummi adalah rindu yang paling hebat. Tak ada rindu lain yang boleh mengatasi kerinduan terhadap arwah kecuali rindu aku kepada penciptaku. InsyaAllah. =')

Tiada ulasan:

Catat Ulasan