[ Blog Ini Aku Tak Harap Orang Faham Atau Jerit Tak Faham!!! ]

Protected by Copyscape Plagiarism Software

Khamis, 27 Mei 2010

Guru Yang Bertopeng Tak Layak Cakap Tentang Humanity

Sebelum kamu bercakap mengenai humanity atau bahasa Melayunya disebut perikemanusiaan dengan aku. Tolonglah. Tolonglah tengok diri kamu. Tolong ambil masa 10 minit berfikir dalam diam. Kamu faham ke apa itu humanity?

Aku cukup tak suka kalau orang bercakap atas dasar perasaan dan bukan dari akal yang sihat. Lebih baik kamu diam. Kalau kamu nak bercakap juga sila bercakap dengan nada perlahan untuk diri sendiri. Jangan sekali kali lantang menyuarakan sesuatu yang kamu sendiri tak faham. Kamu memalukan diri sendiri. Kamu menyebabkan aku membuat diri aku memandang rendah kepada diri kamu.

Kamu seorang guru. Kalau nak dipandukan kepada umur dan jawatan kamu sebagai guru. Aku agak yang kamu sudah menjadi guru tidak kurang dari sepuluh tahun.

Perikemanusiaan itu menyeluruh. Perikemanusiaan kepada segala bentuk makhluk di dunia ini. Perikemanusiaaan kepada binatang mahupun manusia. Perikemanusiaan yang tak akan mengira pangkat dan darjat. Siapa kamu nak mempersoalkan tentang perikemanusiaan kalau ilmu perikemanusiaan kamu pun berada pada level yang sangat rendah?

Humanitykah aku jika aku hanya memandang kepada kesulitan seorang manusia yang senang dan mengabaikan ribuan lagi insan yang baru nak belajar erti kehidupan? Humanitykah aku apabila mengabaikan tanggungjawab sosial aku hanya untuk menjaga kepentingan sesebuah organisasi? Humanitykah aku jika aku mengatakan betul pada perbuatan yang salah hanya untuk menjaga maruah dan jawatan kamu tanpa menghiraukan kesannya kepada ribuan insan lain?

Bila kamu mempersoalkan humanity dengan aku saat kamu gagal mempertahankan perbuatan salah kamu. Dan bila kamu katakan kami tak ada humanity kerana menyelamatkan ribuan manusia dari seorang manusia tak bertanggungjawab. Bila kamu kata kami tak ada humanity terhadap seorang manusia yang mengambil kesempatan terhadap ribuan manusia lain yang tak bersalah. Kamu memang SEORANG YANG SANGAT BODOH.

Walaupun kamu seorang guru. Kamu telah menampakkan kebodohan kamu yang amat bodoh. Kamu tak layak digelar guru. Kamu tak layak menjadi guru kerana kamu hanya mementingkan diri sendiri dan organisasi kamu. Perkataan 'guru' yang cukup bernilai itu hari ini kamu telah letakkan ia di bawah tapak kasut aku.

Aku langsung tak terkejut jika sekarang ini banyak berita dan laporan akhbar mengenai kekejaman seorang guru. Sebab semuanya betul. Bertopengkan perkataan murni 'guru'. Kamu adalah manusia tak berperikemanusiaan.

Entry ini aku tak ada niat nak jatuhkan sesiapa. Cuma merungkai realiti yang jarang-jarang orang nampak. Sebab realiti itu berselindung di sebalik kemuliaan institusi pendidikan. Berselindung di sebalik murninya perkataan 'guru'. Jika kamu seorang guru, bakal guru atau bercita-cita untuk menjadi guru. Pastikan kamu betul-betul ikhlas, jujur, amanah dengan tanggungjawab dan niat kamu yang suci untuk membantu dan mendidik anak-anak bangsa dengan pengetahuan yang berguna, dengan sifat-sifat mulia. Guru itu adalah penyelamat. Lilin untuk menerangi kegelapan. Jangan kamu menggelapkan lagi hidup anak-anak didik kamu.

Aku minta maaf kalau ada yang terasa hati atau melabelkan aku sebagai apa-apa sekali pun. Aku insan biasa. Dan aku tak jadi guru sebab aku tak mampu nak pikul tanggungjawab yang begitu berat sebagai seorang guru. Aku sedar aku tak mampu. Tapi walaupun aku bukan seorang guru. Aku ada humanity yang kuat terhadap makhluk ciptaan Allah SWT. Dan aku tak pernah terlalu menyanjung seorang guru. Sebab bagi aku, pengalaman adalah guru yang terbaik yang paling bernilai.

** Guru jangan hanya tahu mengajar saja. Cuba-cubalah juga untuk belajar sesuatu daripada orang yang diajar.

2 ulasan:

Catat Ulasan