[ Blog Ini Aku Tak Harap Orang Faham Atau Jerit Tak Faham!!! ]

Protected by Copyscape Plagiarism Software

Selasa, 25 Mei 2010

Aku Tak Tahu Nak Letak Tajuk Apa

Aku tak kisah kalau sesiapa di sekeliling aku merungut tentang kerja atau ketidakpuasan hati terhadap seseorang sebab aku faham. Aku juga tak kisah untuk mendengar kawan-kawan bercerita tentang masalah cinta, putus cinta atau apa saja yang berkaitan cinta sebab aku faham juga. Aku tak kisah bila ada yang meluahkan apa-apa masalah berkaitan hidup seharian sebab aku masih juga faham.

Cuma.

Aku tak tahu bagaimana untuk respon. Jadi aku cuma boleh mendengar dengan penuh perhatian sambil kadang-kadang menganggukkan kepala tanda setuju, menggelengkan kepala tanda protes, senyum atau ketawa mengikut keadaan yang bersesuaian. Selebihnya aku diam saja sambil makan kentang goreng dan cuba bantu dengan hanya menjadi pendengar yang baik. Tak membantu sebenarnya. Tapi sekurang kurangnya mereka ada tempat yang sesuai untuk bercerita. Maka tak perlulah mereka bersembang dan bercerita dengan pokok pisang belakang rumah mahupun tiang elektrik di tepi jalan.

Aku kadang-kadang simpati. Masalah yang hanya boleh diselesaikan mereka. Aku tak boleh tolong. Aku cuma boleh cakap 'sabar'. Tapi takkan aku nak ulang perkataan 'sabar' itu sebanyak 8 juta kali. Ok baiklah. Cuma satu saja aku nak cakap sekarang nih. Cuba ambil masa 10 minit je untuk fikir. 10 minit itu pun dah macam lama je bagi aku sebab aku memang pening kalau berfikir lebih dari 10 minit.

Cuba kamu fikir. Siapa kamu? Kamu hidup untuk siapa? Kamu ada siapa yang kamu wajib sayang, cinta dan kasih? Apa yang kamu dapat bila fikirkan orang atau perkara yang kamu tengah fikir sekarang ni? Semua jawapan dalam minda kamu semua. Bila kamu dah dapat jawapan untuk soalan-soalan tu. Kamu akan tahu apa yang kamu sepatutnya buat untuk hidup kamu. Yakin dan percayalah kepada diri sendiri lebih dari kamu percayakan orang lain.

Tak ada masalah yang tak boleh diselesaikan. Yang penting belajar kawal emosi. Hidup bukan satu masalah. Tapi kita sebagai manusia nih yang selalu mencari masalah dalam hidup.

Aku selalu terharu. Syahdu je hati bila tengok program Bersamamu. Seringkali hati keras aku mengalah.

Layan lagu Tilu (Ku Bukan Aku) nih kejap. Damaikan hati.



Lirik Lagu Ku Bukan Aku - Tilu

Lama sungguh hari berlalu
Hening malam menyiksaku
Bila bersendirian sepi jadi pilu

Kau pergi aku yang hilang
Sedikit pun hidup tak senang
Langit cerah ku renung mendung kelabu

Kerana diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Fikiran tak keruan
Jiwa rasa kekosongan
Diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Pulangkan dia ke pangkuanku

Yang digemar menjadi bosan
Sukarnya cari ketenteraman
Bila hati bersedih semuanya tak betul

Ku cuba setabah hati melupakan
Dirimu dari ingatan
Tapi semakin dicuba semakin rindu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan