[ Blog Ini Aku Tak Harap Orang Faham Atau Jerit Tak Faham!!! ]

Selasa, 18 Mei 2010

Falsafah Dari Bukan Dr. Falsafah

Aku tak pandai falsafah.

Belum lagi belajar sampai Dr. Falsafah.

Bagi aku falsafah tak penting sangat. Sebab tak semua perkara kat atas dunia ini memerlukan falsafah.

Contohnya bila aku bercakap dengan kawan aku tentang sesuatu perkara.

Aku : Biarlah wey. Dia kalau nak aku dia cari la. Kalau tak nak jangan harap nak dapat berita dari dia. Tak apalah. Aku tak penting pun untuk dia. (Mood pasrah).

Kawan : Cuba kau fikir. Secara logik akalnya. Orang memang la akan cari bila nak. Kalau tak nak buat apa nak cari.

Aku : ....... (insert muka innocent)


Pengajaran untuk hari ini adalah ; Kalau nak hidup tanpa pening kepala. Gunakanlah 'logik akal'. Buat apa nak tekanan fikir maksud di sebalik falsafah.

Falsafah aku : "Dua orang insan yang bercinta dan akhirnya putus cinta. Apabila mereka masih boleh berkawan baik. Mereka sebenarnya tidak pernah bercinta sebelum ini."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan