[ Blog Ini Aku Tak Harap Orang Faham Atau Jerit Tak Faham!!! ]

Protected by Copyscape Plagiarism Software

Khamis, 13 Mei 2010

Hari Ini Bukan Hari Ribena

Hari ini 13 Mei 2010.
[Wah! Ingat tak Peristiwa 13 Mei 1969? Aku tak ingat sebab tak ada lagi masa tu. Cuma tahu sebab belajar sejarah kat sekolah.]

Hari ini hari Khamis.
[Khamis sebelum Jumaat. Maknanya masih ada Jumaat sebelum cuti hari minggu.]

Hari ini sangat bosan. Tak ada semangat nak bekerja. Bosan.
[Gila punya bosan lah. Kalau kerja pun masih buat kerja yang sama. Maka tetap bosan walaupun rajin kerja. Damn!]

Hari ini pergi kerja tapi tak buat kerja.
[Masih pergi kerja walaupun lambat. Macam biasa perbuatan yang tak boleh nak elak. Jangan paksa untuk aku berubah.]

Hari ini malas kerja maka pergi karaoke.
[Muzik tenangkan minda. Dengar saja boleh. Nak aku menyanyi. Dalam toilet je ok.]

Hari ini bos tak ada.
[Ini sangat dihargai. Terima kasih sebab tak ada hari ini. Uncle!]

Hari ini hujan petang. Semalam hujan pagi.
[Hari-hari pun hujan. Maka bersyukur dengan nikmat Tuhan.]

Hari ini sangat rindu kawan-kawan.
[Zoey, Nick, Inn, Zen, Boboy, Bro Lee, Bro Naza, Shina, Finiy. Gua rindu sangat dengan u all!]

Hari ini rindukan VIOLET!
[We can't drive straight!]

Hari ini rindukan AWAK!
[Maaf sayang. Bila saya kata 'Kita dah tak boleh teruskan hubungan ini lagi'. Semuanya sebab saya sayangkan awak. Saya sayangkan masa depan awak dan masa depan saya. Saya nak awak bahagia. Tapi bukan dengan saya. Sebab hubungan ini bukan bahagia pengakhirannya. Sakit itu biar saya yang simpan. Cinta yang pernah hadir. Saya minta jangan pernah menyesal. Saya dah lepaskan awak. Tapi tak akan pernah lepaskan perasaan itu.]

Hari ini rindukan LIFE itu!
[Sekarang banyak benda dah berubah. Dah tak macam dulu. Sometimes rindu sangat nak together dengan kawan-kawan macam dulu. Tapi takdir dah tentukan jalan hidup. Pasrah. Mungkin sampai situ saja. Masa untuk fikir ke depan. Hidup tak akan selamanya sama saja kan. Kan?]

Hari ini kenapa perlu ada perasaan itu?!
[Hari ini tiba-tiba ada perasaan marah. Tiba-tiba jantung berdegup kencang. Tiba-tiba sangat rindu dia bila dengar lagu 'Tinggal Kenangan' yang dia pernah bagi dulu. Walaupun pada mulanya lagu itu buat aku berkata 'Dia nih ingat aku dah mati ke?!]

Hari ini hari yang tak best!
[Semua perasaan yang bercampur-aduk. Walaupun masih cuba untuk ketawa dan tersenyum. Hari ini memang hari yang tak layak digelar 'Hari yang ceria!'.]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan